Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Langgan kalendar awam pada peranti anda

background image

Langgan kalendar awam pada peranti anda

Pastikan anda mempunyai alamat untuk kalendar awam dalam format iCalShare (ICS).

Anda boleh menambah kalendar awam yang menggunakan format ICS pada peranti BlackBerry anda
supaya anda boleh melihat kalendar itu dalam aplikasi Kalendar. Semasa pemilik kalendar membuat
perubahan pada acara, perubahan itu disegerakkan ke peranti anda. Hanya pemilik boleh menukar
acara dalam kalendar awam. Anda juga boleh membuka pautan kalendar awam dalam Pelayar
BlackBerry atau dalam e-mel dan dengan cepat menambahnya pada kalendar dalam aplikasi Kalendar.

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik > Akaun > > Kalendar Dilanggan.
3. Dalam medan Nama Kalendar, masukkan nama untuk kalendar itu.
4. Dalam medan Alamat Pelayan, masukkan alamat untuk kalendar awam dalam format ICS.
5. Ketik Selesai.

Petua: Jika anda mengetik pautan ke kalendar awam yang anda tidak langgan dalam Pelayar
BlackBerry, anda dihalakan secara automatik ke skrin

Kalendar Dilanggan, dan maklumat mengenai

kalendar awam diisi secara automatik.

Aplikasi dan ciri

Panduan Pengguna

226