Mendayakan Mod Mesyuarat
Apabila anda menghidupkan Mod Mesyuarat, pemberitahuan anda secara automatik disenyapkan
semasa waktu yang ditandakan sebagai sibuk dalam aplikasi Kalendar, contohnya, semasa mesyuarat.
Apabila waktu sibuk tamat, pemberitahuan anda secara automatik kembali kepada tetapan biasa.
Nota: Mod Mesyuarat tidak didayakan untuk kalendar tersembunyi.
1. Dalam aplikasi Kalendar, leret ke bawah dari sebelah atas skrin.
2. Ketik > Mod Mesyuarat.
3. Hidupkan suis Mod Mesyuarat.
Konfigurasi Mod Mesyuarat
Setelah anda menghidupkan Mod Mesyuarat, anda boleh memilih pemberitahuan, jenis acara dan
kalendar yang berkaitan dengan Mod Mesyuarat. Anda juga boleh menetapkan panjang maksimum
tempoh tetapan yang digunakan, contohnya, mesyuarat 2 jam atau kurang.
1. Dalam aplikasi Kalendar, leret ke bawah dari sebelah atas skrin.
2. Ketik > Mod Mesyuarat.
3. Lakukan mana-mana perkara berikut:
• Untuk mengkonfigurasi profil Mod Mesyuarat anda dengan memberikannya nama, atau mengedit
tetapan pemberitahuan anda, ketik
Konfigurasi Profil Mod Mesyuarat.
• Untuk memilih status acara kalendar bagi Mod Mesyuarat yang digunakan, dalam senarai juntai
bawah
Status, ketik Sibuk, Tentatif dan Sibuk atau Sibuk dengan Peserta.
• Untuk memilih panjang maksimum masa bagi Mod Mesyuarat yang digunakan, dalam senarai
juntai bawah
Tempoh Maksimum, ketik pilihan. Mod Mesyuarat tidak didayakan untuk acara
kalendar yang lebih panjang daripada pilihan ini.
Aplikasi dan ciri
Panduan Pengguna
233
• Untuk mematikan Mod Mesyuarat bagi kalendar tertentu, ketik
Gugurkan Kalendar. Ketik
kalendar.