Tukar alamat e-mel untuk digunakan dengan setiap kalendar
Jika anda mempunyai berbilang kalendar pada peranti BlackBerry anda, anda boleh menyediakan
alamat e-mel lain untuk setiap kalendar. Apabila anda membuat acara dalam kalendar tertentu, jemputan
dihantar menggunakan alamat e-mel yang telah anda berikan untuk kalendar itu.
Alamat e-mel yang anda gunakan hendaklah sudah ditambahkan pada peranti anda. Sesetengah akaun
tidak membenarkan anda menukar alamat e-mel (contohnya, akaun kerja anda).
1. Dalam aplikasi Kalendar, leret ke bawah dari sebelah atas skrin.
2. Ketik > Tetapan Jemputan Mesyuarat.
3. Di bawah kalendar, ketik alamat e-mel dalam senarai juntai bawah.