Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Penyelesaian masalah: Kenalan

background image

Penyelesaian masalah: Kenalan

Kenalan saya tidak digabungkan secara automatik

Peranti BlackBerry anda menggabungkan kenalan secara automatik apabila jelas kenalan itu merupakan
orang yang sama (contohnya, mereka mempunyai nama pertama dan nama keluarga, nombor telefon
mudah alih, BlackBerry ID dan sebagainya, yang sama). Jika anda masih melihat entri pendua dalam
senarai kenalan anda, anda boleh menggabungkan kenalan itu ke dalam satu entri.

1. Dalam aplikasi Kenalan, sentuh dan tahan kenalan.
2. Ketik .

Aplikasi dan ciri

Panduan Pengguna

241

background image

3. Ketik kenalan yang hendak digabungkan.
4. Ketik .

Gambar kenalan saya kadangkala bertukar

Jika anda menambahkan akaun rangkaian sosial pada peranti BlackBerry anda dan menggunakan
gambar profil sebagai gambar kenalan, maka gambar itu akan bertukar apabila kenalan menukar
gambar profilnya.

Saya mempunyai entri duplikasi kenalan

Jika anda mengimport entri kenalan menggunakan BlackBerry Link, anda mungkin melihat duplikasi entri
di peranti anda selepas menyegerakkan peranti dan komputer anda.

Anda boleh mengalih keluar duplikasi dengan menggabungkan kenalan di peranti anda, atau dengan
mengosongkan data setempat dalam peranti anda.

Untuk mengalih keluar entri duplikasi kenalan dengan memadamkan data peranti setempat anda,
lakukan yang berikut:

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Akaun.
3. Ketik .
4. Ketik Kosongkan Kenalan Setempat.

AWAS: Mengosongkan data setempat anda akan memadamkan secara kekal sebarang entri kenalan
yang anda simpan secara setempat di peranti anda.