Menukar tetapan Pelayar anda
Suaikan skrin mula Pelayar
Anda boleh menukar apa yang anda lihat semasa anda mula-mula membuka Pelayar BlackBerry. Anda
boleh menetapkan halaman utama tertentu, menunjukkan imej kecil halaman web yang terbaru atau
yang kerap anda lawati atau membuka halaman web yang dibuka dalam sesi Pelayar anda sebelum ini.
1. Dalam Pelayar, ketik > > Paparan dan Tindakan.
2. Ketik senarai juntai bawah Pada Permulaan Tunjukkan.
• Untuk menetapkan halaman utama tertentu, ketik
Halaman Utama Saya. Taipkan alamat web.
• Untuk menunjukkan imej kecil halaman web yang terbaru atau yang kerap anda lawati, ketik
Halaman Tab Baru.
• Untuk membuka halaman web daripada sesi Pelayar anda sebelum ini, ketik
Tab Saya Sebelum
Ini.