Pergi ke tapak web
1. Taip alamat web atau istilah carian ke dalam bar alamat di sebelah bawah Pelayar BlackBerry.
2. Ketik Pergi.
Tukar enjin carian semasa
Setelah anda menukar enjin carian, Pelayar BlackBerry akan menggunakan enjin carian baru itu
sehingga anda menukarnya sekali lagi.
1. Semasa anda menaip istilah carian dalam Pelayar, ketik ikon enjin carian di penjuru kanan sebelah
atas skrin.
Aplikasi dan ciri
Panduan Pengguna
255
2. Ketik enjin carian yang hendak digunakan.
Tambah enjin carian baru
Anda boleh menambah enjin carian supaya ia tersedia dalam senarai juntai bawah apabila anda mencari
istilah dalam Pelayar BlackBerry.
Nota: Ciri ini tidak tersedia untuk sesetengah pembekal carian.
1. Buka Pelayar BlackBerry
2. Navigasi ke enjin carian (contohnya, www.wikipedia.org).
3. Cari suatu istilah atau subjek.
4. Pada halaman hasil carian, ketik > .
5. Ketik Tambah.
Alih keluar enjin carian
1. Buka Pelayar BlackBerry dan taipkan istilah carian dalam bar alamat.
2. Ketik ikon enjin carian di penjuru atas sebelah kanan skrin.
3. Sentuh dan tahan enjin carian.
4. Ketik .