Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Tag Pintar

background image

Tag Pintar

Aplikasi Tag Pintar mengambil cebisan maklumat dan menukar maklumat itu menjadi tag pintar.
Maklumat boleh termasuk teks, tapak web dan URI lain, nombor telefon, alamat e-mel dan maklumat
sambungan. Anda boleh menyalin tag pintar pada tag NFC, memaparkannya sebagai QR Code atau
anda boleh memberikan terus tag pintar itu kepada peranti BlackBerry lain. Aplikasi Tag Pintar
membenarkan anda menyimpan tag pintar yang anda terima dan menggunakannya atau memberikannya
kepada peranti lain kemudian.

Daripada menyerahkan kad nama, cuba buat tag pintar anda sendiri yang mengandungi maklumat
hubungan anda supaya penerima dapat menelefon, menghantar sms atau e-mel kepada anda dengan
hanya satu klik. Menganjurkan acara tidak lama lagi? Cuba buat tag pintar yang mengandungi maklumat
acara, kemudian salin tag pintar tersebut pada tag NFC boleh tulis yang disertakan dengan cenderamata
kecil untuk tetamu anda.

Ciri NFC mungkin tidak tersedia, bergantung pada pembekal perkhidmatan wayarles anda, tetapan
pentadbir anda dan model peranti BlackBerry anda.