Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Mengemas kini tetapan e-mel selamat

background image

Mengemas kini tetapan e-mel selamat

Bergantung kepada keizinan anda, anda boleh menukar keselamatan e-mel yang digunakan untuk
semua mesej yang anda hantar. Contohnya, jika anda menggunakan S/MIME untuk melindungi mesej
anda, anda boleh menghantar mesej yang jelas ditandatangani yang boleh dibuka oleh sebarang aplikasi
e-mel, atau mesej yang kabur ditandatangani yang hanya boleh dibuka oleh aplikasi e-mel yang
menyokong penyulitan.

1. Dalam BlackBerry Hub, ketik > > Akaun E-mel.
2. Ketik akaun.
3. Ketik Tetapan E-mel Selamat.
4. Lakukan mana-mana perkara berikut:

• Untuk menghidupkan pemesejan dilindungi S/MIME, ketik tab

S/MIME. Hidupkan suis S/MIME.

BlackBerry Hub dan e-mel

Panduan Pengguna

77

background image

• Untuk menghidupkan pemesejan dilindungi NNE, jika perlu, ketik tab

NNE. Hidupkan suis NNE.

• Untuk menukar kaedah pengekodan utama yang digunakan bagi mesej yang anda hantar, pilih

pilihan dalam senarai juntai bawah

Pengekodan Lalai.

• Untuk memilih kaedah pengekodan pilihan anda bagi digunakan untuk membalas atau

memajukan mesej yang anda hantar, pilih pilihan dalam senarai juntai bawah

Pengekodan Mesej

Keluar.

• Untuk menghantar mesej yang jelas ditandatangani, ketik tab

SMIME. Hidupkan suis Hantar

Mesej Teks Yang Jelas Ditandatangani.

• Untuk menerima mesej amaran jika ada masalah dengan sijil, ketik tab

S/MIME. Hidupkan suis

Beri Amaran Mengenai Masalah Dengan Sijil Saya.

• Untuk menghidupkan pemesejan dilindungi PGP, ketik tab

PGP. Hidupkan suis PGP.

• Untuk memilih pasangan kunci bagi digunakan untuk menandatangani mesej yang anda hantar,

pilih pilihan dalam senarai juntai bawah

Kunci Tandatangan PGP.

• Untuk memilih pasangan kunci bagi digunakan untuk menyulitkan mesej yang anda hantar, pilih

pilihan dalam senarai juntai bawah

Kunci Penyulitan PGP.

• Untuk melihat butiran kunci PGP untuk pasangan kunci PGP yang disimpan di peranti BlackBerry

anda, di bawah sama ada senarai juntai bawah

Kunci Tandatangan PGP atau Kunci Penyulitan

PGP, ketik Lihat Kunci PGP.

• Untuk menerima mesej amaran jika ada masalah dengan kunci PGP, ketik tab

PGP. Hidupkan

suis

Beri Amaran Mengenai Masalah Dengan Kunci PGP Saya.

Mengkonfigurasi tetapan pelayan LDAP anda

Jika akaun e-mel anda disokong oleh Microsoft Exchange ActiveSync, dan organisasi anda
menggunakan direktori LDAP, anda boleh mengkonfigurasikan tetapan anda supaya sijil S/MIME bagi
pengguna dalam direktori LDAP tersedia untuk anda.

Pastikan anda tahu nama pelayan.

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Keselamatan dan Privasi.
3. Ketik Pelayan LDAP.
4. Dalam medan Alamat Pelayan, masukkan alamat pelayan LDAP yang dikaitkan dengan akaun anda.

• Untuk menetapkan tempat bagi pelayan LDAP mula mencari maklumat sijil S/MIME, masukkan

nama dibezakan asas dalam medan

Asas Carian.

• Untuk menentukan skop carian pelayan LDAP, dalam senarai juntai bawah

Skop Carian, ketik

pilihan.

• Untuk mendayakan jenis pengesahan, dalam senarai juntai bawah

Jenis Pengesahan, ketik

pilihan.

• Jika anda mendayakan jenis Pengesahan mudah, dalam medan

ID Pengguna LDAP dan Kata

Laluan LDAP, masukkan nama pengguna dan kata laluan anda.

BlackBerry Hub dan e-mel

Panduan Pengguna

78

background image

• Untuk mendayakan Keselamatan Lapisan Pengangkutan, hidupkan suis

Gunakan Sambungan

Selamat.

• Untuk memilih tempoh menunggu bagi pelayan LDAP memberi respons, dalam senarai juntai

bawah

Tamat Masa, ketik pilihan.