Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Menguruskan mesej anda dengan BlackBerry Hub Tindakan Segera

background image

Menguruskan mesej anda dengan BlackBerry Hub Tindakan Segera

BlackBerry Hub Tindakan Segera membolehkan anda menyusun mesej, perbualan dan acara dengan
cepat dalam BlackBerry Hub. Dalam paparan senarai, anda boleh menandakan mesej sebagai telah

BlackBerry Hub dan e-mel

Panduan Pengguna

73

background image

dibaca atau belum dibaca, dan failkan, benderakan atau memadam mesej. Anda juga boleh menerima
atau menolak jemputan mesyuarat tanpa perlu membukanya. Jika anda membuat kesilapan ketika
menguruskan mesej, anda boleh mengetik

Buat asal untuk membatalkan perubahan terakhir.

Gunakan BlackBerry Hub Tindakan Segera

Bergantung kepada jenis mesej dan tetapan BlackBerry Hub Tindakan Segera anda, tindakan berikut
tersedia:

Jemputan kalendar: Anda boleh menerima atau menolak jemputan kalendar.

Mesej BBM atau teks (SMS dan MMS): Anda boleh membalas atau memadam mesej BBM atau
teks.

Mesej e-mel: Anda boleh failkan, memadam atau benderakan mesej e-mel.

1. Dalam BlackBerry Hub, di penjuru atas sebelah kanan skrin, ketik .
2. Lakukan mana-mana perkara berikut:

• Untuk memadamkan mesej, ketik .
• Untuk memfailkan mesej, ketik , dan pilih folder.
• Untuk benderakan mesej, ketik .
• Untuk menandakan mesej sebagai dibaca, ketik .
• Untuk membalas mesej teks atau mesej BBM, ketik .

Menyesuaikan BlackBerry Hub Tindakan Segera untuk mesej e-mel

Secara lalai, dengan BlackBerry Hub Tindakan Segera, anda boleh failkan dan memadam mesej e-mel
anda. Anda boleh menukar tetapan anda untuk tindakan yang muncul dalam paparan senarai.

1. Dalam BlackBerry Hub, ketik > > Paparan dan Tindakan.
2. Di bawah Hub Tindakan Segera, lakukan salah satu perkara berikut:

• Dalam senarai juntai bawah

Tindakan E-mel 1, ketik Fail atau Bendera.

• Dalam senarai juntai bawah

Tindakan E-mel 2, ketik Fail atau Bendera atau Padam.