Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Menyediakan akaun kerja

background image

Menyediakan akaun kerja
Menambah akaun kerja yang disokong oleh penyelesaian EMM daripada BlackBerry

Jika organisasi anda menggunakan penyelesaian EMM daripada BlackBerry, anda boleh menambahkan
akaun kerja anda pada peranti dan memanfaatkan ciri seperti BlackBerry Balance. Jika organisasi anda
belum menaik taraf kepada BlackBerry Enterprise Service 10 dan menggunakan BlackBerry Enterprise
Server 5 atau yang lebih awal, anda masih dapat menambahkan akaun kerja anda dan menggunakannya
dengan Microsoft Exchange ActiveSync. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi pentadbir anda.

Pastikan anda mengetahui perkara berikut daripada pentadbir anda:

• Nama pengguna anda
• Kata laluan pengaktifan perusahaan anda
• Nama pelayan

BlackBerry Hub dan e-mel

Panduan Pengguna

62

background image

1. Pada skrin Tambah Akaun, ketik > Akaun Kerja.
2. Masukkan nama pengguna, kata laluan pengaktifan dan alamat pelayan untuk akaun anda.
3. Ketik Selesai.

Setelah anda menambahkan akaun kerja, ikut gesaan supaya menetapkan kata laluan ruang kerja untuk
digunakan dengan BlackBerry Balance dan memasukkan kata laluan rangkaian kerja anda.
Tambah akaun e-mel yang disokong oleh Microsoft Exchange ActiveSync

Pastikan anda mengetahui perkara berikut daripada pentadbir anda atau pembekal khidmat e-mel anda:

• Nama pengguna dan kata laluan rangkaian kerja anda
• Alamat pelayan

Apabila anda menambahkan akaun e-mel yang disokong oleh Microsoft Exchange ActiveSync, mesej,
acara kalendar, kenalan, tugas dan nota yang dikaitkan dengan akaun disegerakkan dengan peranti
BlackBerry anda.

1. Pada skrin Tambah Akaun, ketik > Microsoft Exchange ActiveSync.
2. Masukkan nama pengguna, alamat e-mel, kata laluan dan alamat pelayan untuk akaun.

• Untuk mematikan e-mel tolak, matikan suis

Tolak. Untuk menetapkan kekerapan peranti anda

menyemak mesej baru, ketik pilihan dalam senarai juntai bawah

Segerakkan Selang Masa.

• Untuk menggunakan VPN organisasi anda, hidupkan suis

Guna VPN.

• Untuk menukar tempoh mesej yang disegerakkan pada peranti anda, ketik pilihan dalam senarai

juntai bawah

Rangka Masa Penyegerakan.

• Untuk menukar tempoh acara kalendar yang disegerakkan pada peranti anda, ketik pilihan dalam

senarai juntai bawah

Rangka Masa Penyegerakan Kalendar.

3. Ketik Seterusnya.

Petua: Apabila anda benderakan mesej e-mel dalam akaun Microsoft Exchange ActiveSync anda, ia
juga dibenderakan dalam aplikasi Remember.

Menambah akaun e-mel IBM Notes Traveler

Pastikan anda mengetahui perkara berikut daripada pentadbir atau pembekal perkhidmatan e-mel anda:

• Nama pengguna dan kata laluan rangkaian kerja anda
• Alamat pelayan

Apabila anda menambahkan akaun e-mel IBM Notes Traveler, mesej, acara kalendar, kenalan, tugas
dan nota yang dikaitkan dengan akaun akan disegerakkan dengan peranti BlackBerry anda.

1. Pada skrin Tambah Akaun, ketik > IBM Notes Traveler.
2. Masukkan nama pengguna, alamat e-mel, kata laluan dan alamat pelayan untuk akaun.

• Untuk mematikan e-mel tolak, matikan suis

Tolak. Untuk menetapkan kekerapan peranti anda

menyemak mesej baru, ketik pilihan dalam senarai juntai bawah

Segerakkan Selang Masa.

BlackBerry Hub dan e-mel

Panduan Pengguna

63

background image

• Untuk menggunakan VPN organisasi anda, hidupkan suis

Guna VPN.

• Untuk menukar tempoh mesej yang disegerakkan pada peranti anda, ketik pilihan dalam senarai

juntai bawah

Rangka Masa Penyegerakan.

• Untuk menukar tempoh acara kalendar yang disegerakkan pada peranti anda, ketik pilihan dalam

senarai juntai bawah

Rangka Masa Penyegerakan Kalendar.

3. Ketik Seterusnya.

Tambah akaun e-mel IMAP atau POP

Pastikan anda mengetahui maklumat berikut daripada pentadbir atau pembekal perkhidmatan e-mel
anda:

• Jenis pelayan pemesejan (POP atau IMAP)
• Alamat pelayan pemesejan masuk dan keluar
• Nombor port pelayan pemesejan masuk dan keluar
• Tetapan SSL pelayan pemesejan masuk dan keluar

Nota: Untuk meningkatkan kelajuan pengaktifan akaun e-mel IMAP, adalah disyorkan supaya anda
memasukkan

Awalan Laluan IMAP. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi pentadbir anda.

1. Pada skrin Tambah Akaun, ketik > IMAP atau POP.
2. Masukkan maklumat akaun.

• Untuk menetapkan kekerapan peranti BlackBerry anda menyemak mesej baru (jika e-mel tolak

tidak disokong), ketik pilihan dalam senarai juntai bawah

Selang Penyegerakan.

• Untuk menukar jumlah masa mesej boleh diambil di peranti anda, dalam senarai juntai bawah

Segerakkan Rangka Masa, ketik pilihan.

3. Ketik Selesai.

Tambah akaun CalDAV atau CardDAV

Pastikan anda mengetahui perkara berikut:

• Nama pengguna dan kata laluan anda
• Alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun
• Alamat e-mel untuk akaun

Anda boleh menambahkan akaun CalDAV untuk menyegerakkan acara kalendar atau akaun CardDAV
untuk menyegerakkan kenalan.

1. Pada skrin Tambah Akaun, ketik > CalDAV atau CardDAV.
2. Masukkan maklumat akaun.
3. Ketik Selesai.

BlackBerry Hub dan e-mel

Panduan Pengguna

64