Penyelesaian masalah: Menyediakan akaun
Saya tidak dapat menambahkan akaun e-mel
Cuba perkara berikut:
• Pastikan alamat e-mel dan kata laluan telah ditaipkan dengan betul.
• Pastikan peranti anda disambungkan ke rangkaian mudah alih atau Wi-Fi.
• Tambahkan akaun e-mel menggunakan persediaan lanjutan. Pada skrin utama, leret ke bawah dari
bahagian atas skrin. Ketik
Tetapan > Akaun >
>
. Ketik jenis akaun yang mahu anda
tambahkan. Anda mungkin perlu mendapatkan maklumat tambahan tentang akaun anda daripada
pentadbir atau pembekal khidmat e-mel anda.
• Jika anda cuba menambahkan akaun kerja yang disokong oleh penyelesaian EMM daripada
BlackBerry, pastikan anda mempunyai kata laluan pengaktifan daripada pentadbir anda.
• Jika anda cuba menambahkan akaun e-mel yang disokong oleh Microsoft Exchange ActiveSync,
hubungi pentadbir atau pembekal khidmat e-mel anda untuk mengetahui jika anda perlu menukar
sebarang tetapan akaun.
Saya tidak dapat menambahkan akaun rangkaian sosial kedua
Anda hanya dapat menambahkan satu akaun Facebook, satu akaun Twitter dan satu akaun LinkedIn
pada peranti BlackBerry anda.
BlackBerry Hub dan e-mel
Panduan Pengguna
65