Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Sediakan akaun e-mel atau jenis akaun yang lain pada peranti anda

background image

Sediakan akaun e-mel atau jenis akaun yang lain pada peranti anda

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Akaun.
3. Jika anda sudah menambahkan akaun pada peranti anda, ketik untuk menambahkan akaun lain.

Menambah akaun e-mel

1. Pada skrin Tambah Akaun, ketik E-mel, Kalendar dan Kenalan.
2. Masukkan alamat e-mel.
3. Ketik Seterusnya.
4. Masukkan kata laluan untuk akaun.
5. Ketik Seterusnya.
6. Tukar sebarang tetapan tambahan (contohnya, jenis kandungan untuk disegerakkan dengan peranti

anda).

7. Ketik Selesai.

Tambah akaun rangkaian sosial atau Evernote

Anda boleh menambahkan akaun Facebook, Twitter, LinkedIn atau Evernote pada peranti anda. Apabila
anda menambahkan akaun Evernote pada peranti anda, buku nota Evernote anda tersedia dalam
BlackBerry Remember.

1. Pada skrin Tambah Akaun, ketik Facebook, Twitter, LinkedIn atau Evernote.
2. Masukkan maklumat akaun anda.

• Jika perlu, tukar sebarang tetapan penyegerakan.
• Jika anda menambahkan akaun Facebook, untuk menukar bila anda diingatkan tentang hari lahir

rakan, ketik pilihan peringatan dalam senarai juntai bawah

Peringatan Hari Lahir.

3. Ketik Selesai. Jika perlu, ketik Benarkan.