Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Penyelesaian masalah: BlackBerry Hub

background image

Penyelesaian masalah: BlackBerry Hub

Saya tidak menerima mesej

Cuba perkara berikut:

• Jika anda telah menukar kata laluan akaun baru-baru ini, pastikan anda mengemas kini kata laluan

dalam tetapan Akaun pada peranti BlackBerry anda.Ketik Pada skrin utama, leret ke bawah dari
bahagian atas skrin. >

Akaun. Ketik akaun. Buat perubahan anda. Ketik Simpan.

• Semak tetapan sambungan rangkaian anda untuk memastikan bahawa peranti anda disambungkan

pada Wi-Fi atau rangkaian mudah alih. Jika anda tidak berada dalam kawasan liputan wayarles, anda
seharusnya menerima mesej apabila anda kembali ke kawasan liputan wayarles.

• Jika anda disambungkan ke rangkaian mudah alih, semak untuk memastikan perkhidmatan data

dihidupkan.Ketik Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin. >

Rangkaian dan

Sambungan > Rangkaian Mudah Alih. Pastikan suis Perkhidmatan Data dihidupkan.

Saya hanya dapat melihat e-mel untuk 30 hari terakhir

Bagi sesetengah jenis akaun e-mel, secara lalai, peranti BlackBerry anda pada mulanya menyegerakkan
e-mel untuk 30 hari yang lalu. Untuk menukar tetapan ini, leret ke bawah dari sebelah atas skrin pada

BlackBerry Hub dan e-mel

Panduan Pengguna

87

background image

skrin utama. Ketik >

Akaun. Ketik akaun e-mel. Ketik

. Dalam senarai juntai bawah

Segerakkan

Rangka Masa, ketik pilihan. Ketik Simpan.

Saya tidak menemui e-mel kerja saya dalam BlackBerry Hub

Jika anda telah menambahkan akaun kerja pada peranti BlackBerry anda, pentadbir anda mungkin
menghidupkan dasar yang mengasingkan BlackBerry Hub kepada paparan kerja, yang mengandungi
mesej dan pemberitahuan anda untuk akaun kerja anda sahaja dan paparan peribadi, yang
mengandungi mesej dan pemberitahuan anda untuk akaun peribadi anda sahaja.

Untuk melihat paparan kerja, dalam BlackBerry Hub, ketik

>

Tukar Kepada Kerja.

Saya tidak dapat melihat penerima mesej

Untuk melihat penerima mesej yang lain dan akaun yang anda terima mesej itu, ketik anak panah di
penjuru kanan sebelah atas skrin dalam mesej itu.

Saya tidak dapat menghantar atau memajukan mesej teks

Anda mungkin tidak dapat memajukan mesej SMS atau MMS jika kandungan mesej termasuk maklumat
yang dilindungi hak cipta.

Jika anda menggunakan akaun kerja yang disokong oleh penyelesaian EMM daripada BlackBerry,
pentadbir anda mungkin tidak membenarkan anda menghantar mesej teks tetapi anda masih dapat
menerima mesej teks.

Saya tidak dapat melampirkan fail ke mesej teks

Fail mungkin terlalu besar atau pelan perkhidmatan wayarles anda mungkin tidak menyokong pemesejan
MMS, yang diperlukan untuk melampirkan fail pada mesej teks. Hubungi pembekal khidmat anda untuk
mendapatkan maklumat lanjut.

Saya tidak menemui BlackBerry Hub atau ikon Mesej Teks

Anda mungkin telah mengeluarkan ikon dari skrin utama anda. Lakukan mana-mana perkara berikut:

• Walaupun ikon tidak muncul pada skrin utama, anda masih boleh mengakses mesej anda terus dari

BlackBerry Hub. Pada skrin utama, leret ke kanan untuk membuka BlackBerry Hub. Untuk melihat
hanya mesej teks anda, ketik

>

Mesej Teks.

• Anda boleh memuat turun ikon dari BlackBerry World. Dalam BlackBerry World, cari Text

Messaging Icon atau BlackBerry Hub Icon dan muat turun ikon.

BlackBerry Hub dan e-mel

Panduan Pengguna

88