Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Kata laluan dan mengunci

background image

Kata laluan dan mengunci

Terdapat beberapa jenis kunci, PIN dan kata laluan yang boleh anda gunakan untuk membantu
melindungi peranti BlackBerry anda.

Jika anda menggunakan peranti untuk melakukan kerja, organisasi anda mungkin telah meletakkan
tetapan keselamatan seperti memerlukan kata laluan untuk membuka kunci peranti anda.

BlackBerry ID

BlackBerry ID ialah alamat e-mel dan kata laluan yang memberikan anda akses ke tapak web
BlackBerry , aplikasi dan perkhidmatan. Jika anda menukar peranti BlackBerry anda, BlackBerry ID anda
boleh membantu memindahkan data ke peranti baru anda.. Jika anda menghidupkan BlackBerry Protect
dan peranti anda hilang atau dicuri, seseorang yang menjumpai peranti anda tidak boleh menyediakan
peranti tersebut tanpa mengetahui BlackBerry ID anda.

Pastikan anda menggunakan BlackBerry ID yang sama untuk semua peranti BlackBerry anda.

Daftar masuk dengan BlackBerry ID anda untuk melakukan perkara berikut dan banyak lagi:

• Hidupkan BlackBerry Protect untuk membantu mencari peranti anda dan melindungi data di peranti

anda jika peranti hilang atau dicuri.

• Jejaki pembelian aplikasi dan pilihan bayaran anda dalam kedai BlackBerry World.
• Gunakan ciri BBM, seperti menyandarkan dan mengalih kenalan BBM ke peranti BlackBerry baru.

Penguncian kata laluan dan penguncian skrin

Semasa peranti anda dikunci, anda masih boleh menerima pemberitahuan e-mel dan mesej teks (SMS
dan MMS) yang baru, membuat panggilan telefon kecemasan, melihat paras cas bateri anda,
menetapkan penggera atau mengambil gambar.

Untuk menjimatkan kuasa bateri dan mengelakkan tertekan kekunci secara tidak sengaja, kunci skrin.
Untuk membantu mengelakkan penggunaan peranti anda yang tidak dibenarkan, anda perlu
menetapkan kata laluan peranti. Untuk keselamatan tambahan, anda juga boleh menyediakan dua faktor
pengesahan dan menggunakan kad pintar untuk membuka kunci peranti anda.

Dalam tetapan paparan dan keselamatan, anda boleh menetapkan peranti anda untuk dikunci dengan
sendirinya selepas satu tempoh tidak aktif yang tertentu. Anda juga boleh menulis mesej tersuai yang
dipaparkan pada skrin yang dikunci.

Keselamatan dan sandaran

Panduan Pengguna

285

background image

Jika anda lupa kata laluan anda, ia tidak boleh dipulihkan. BlackBerry mengesyorkan supaya anda
membuat sandaran data anda dengan kerap. Secara lalainya, atas sebab keselamatan, data peranti
anda dipadamkan apabila kata laluan yang salah dimasukkan sebanyak sepuluh kali.

BlackBerry Balance dan kata laluan ruang kerja

Jika anda mengaitkan peranti anda dengan rangkaian organisasi anda, pentadbir anda mungkin
menghidupkan teknologi BlackBerry Balance . BlackBerry Balance direka bentuk untuk mengasingkan
dan melindungi bahagian peranti anda sebagai kerja sahaja atau peribadi sahaja.

Pentadbir anda mungkin memerlukan anda untuk menetapkan kata laluan ruang kerja untuk melindungi
fail, aplikasi dan data yang dikaitkan dengan organisasi anda seperti akaun e-mel tempat kerja anda.
Pentadbir anda menetapkan peraturan untuk mengawal sama ada anda boleh menggunakan kata laluan
yang sama bagi kedua-dua ruang kerja dan peranti anda.

Jika anda memasukkan kata laluan ruang kerja anda lebih daripada bilangan yang dibenarkan, ruang
kerja anda dan kandungan di dalamnya akan dipadamkan. Anda boleh mengurangkan atau
meningkatkan bilangan percubaan kata laluan kerja yang dibenarkan dalam tetapan BlackBerry Balance
anda.

Nota: Pentadbir anda mungkin tidak membenarkan anda menukar beberapa pilihan kunci kata laluan
untuk ruang kerja anda, seperti keperluan kata laluan atau tempoh tamat masa, dan menggunakan kata
laluan sama untuk ruang kerja dan peranti anda.

Kod kunci dan buka kunci rangkaian

Untuk menggunakan kad SIM daripada pembekal perkhidmatan yang lain, contohnya, jika anda sedang
dalam perjalanan dan ingin menggunakan rangkaian pembekal perkhidmatan tempatan, anda boleh
meminta kod buka kunci (kod MEP) daripada pembekal perkhidmatan semasa anda dan menukar
tetapan Kunci Rangkaian Telefon untuk kad SIM anda.

Jika anda melebihi bilangan percubaan yang dibenarkan untuk memasukkan kod buka kunci, kad SIM
anda hanya akan membenarkan panggilan kecemasan sahaja. Untuk bantuan, anda boleh menghubungi
pembekal perkhidmatan anda.

PIN kad SIM

Anda boleh menetapkan dua PIN berlainan untuk kad SIM dalam peranti anda. Anda boleh
menggunakan PIN kad SIM untuk membantu menghalang penggunaan kad SIM anda tanpa kebenaran
dalam peranti lain. Contohnya, jika anda kehilangan kad SIM anda dan seseorang cuba
menggunakannya dalam peranti lain, kad SIM tidak dapat digunakan melainkan PIN dimasukkan dengan
betul. Jika anda melebihi bilangan percubaan yang dibenarkan untuk memasukkan PIN kad SIM, kad
SIM anda akan berhenti berfungsi. Untuk membuka sekatan kad SIM anda, hubungi pembekal
perkhidmatan wayarles anda untuk mendapatkan kod PUK.

PIN2 kad SIM direka bentuk untuk mendayakan ciri telefon tertentu seperti dailan tetap.

Keselamatan dan sandaran

Panduan Pengguna

286

background image

Untuk mendapatkan PIN kad SIM, hubungi pembekal perkhidmatan anda dan hidupkan keselamatan
kad SIM dalam tetapan keselamatan anda.