Kunci atau buka kunci peranti anda
Petua: Satu ketikan pantas pada kekunci Kuasa/Kunci akan menjadikan peranti anda tidur. Perkara ini
akan membantu anda menjimatkan kuasa bateri.
Kunci skrin anda
Dengan mengunci skrin, anda dapat membantu mengelakkan peranti BlackBerry anda daripada
menghantar mesej secara tidak sengaja atau didail semasa berada dalam poket anda. Mengunci skrin
tidak mematikan pemberitahuan untuk panggilan masuk atau mesej masuk.
Tekan kekunci
Kuasa/Kunci di bahagian atas peranti anda.
Untuk membuka kunci skrin, leret ke atas dari bahagian bawah skrin.
Kunci peranti anda dengan kata laluan
Mencari cara mudah untuk membantu melindungi data peranti BlackBerry anda dan menghalang
penggunaan peranti anda tanpa kebenaran? Anda boleh menetapkan kata laluan peranti supaya anda
boleh mengunci peranti anda semasa peranti itu terdedah atau tidak digunakan.
1. Jika anda tidak mempunyai kata laluan, pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
Ketik
Tetapan > Keselamatan dan Privasi > Kata Laluan Peranti. Lakukan salah satu perkara
berikut:
• Untuk menetapkan kata laluan peranti yang terdiri daripada aksara dan nombor, hidupkan suis
Kata Laluan Peranti. Masukkan kata laluan.
• Untuk segera menetapkan kata laluan peranti yang terdiri daripada nombor sahaja, hidupkan suis
Kata Laluan Mudah. Masukkan kata laluan.
2. Untuk mengunci peranti anda, lakukan salah satu daripada berikut:
• Tekan dan tahan kekunci Kuasa/Kunci. Ketik .
• Untuk mengunci peranti anda secara automatik selepas tempoh masa yang tertentu, pada skrin
utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin. Ketik
Tetapan > Keselamatan dan Privasi >
Kata Laluan Peranti. Dalam senarai juntai bawah Kunci Peranti Selepas, pilih selang masa.
• Untuk mengunci peranti anda secara automatik semasa peranti berada dalam sarung BlackBerry ,
pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin. Ketik
Tetapan > Keselamatan dan
Privasi > Kata Laluan Peranti. Hidupkan suis Kunci Peranti Semasa Disarungkan.
Keselamatan dan sandaran
Panduan Pengguna
287
• Untuk membolehkan aplikasi aktif membatalkan semasa peranti anda dikunci, Contohnya, supaya
peranti anda tidak mengunci semasa anda menonton filem dalam aplikasi Video, pada skrin
utama, leret ke bawah dari sebelah atas skrin. Ketik
Tetapan > Keselamatan dan Privasi >
Kata Laluan Peranti. Hidupkan suis Benarkan Aplikasi Memanjangkan Masa Kunci Kata
Laluan.
Untuk membuka kunci peranti anda, tekan kekunci
Kuasa/Kunci. Leret ke atas dari bahagian bawah
skrin. Semasa digesa, masukkan kata laluan peranti anda.
Mengunci peranti anda dengan kata laluan ruang kerja anda
Jika peranti BlackBerry anda menggunakan teknologi BlackBerry Balance untuk mengasingkan kerja
dan aktiviti peribadi, anda mungkin boleh menggunakan kata laluan yang sama untuk kata laluan ruang
kerja dan kata laluan peranti anda, bergantung kepada peraturan yang ditetapkan oleh pentadbir anda.
1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Keselamatan dan Privasi > Kata Laluan Peranti > BlackBerry Balance.
3. Jika digesa, taipkan kata laluan ruang kerja anda.
4. Hidupkan suis Gunakan sebagai kata laluan peranti saya.
5. Taipkan kata laluan peranti anda. Ketik OK.
6. Taipkan kata laluan ruang kerja anda. Ketik OK.
Mencipta kata laluan gambar
Selain menaip kata laluan untuk membuka kunci peranti, anda boleh menggunakan gambar rahsia dan
gerak isyarat nombor dan membuka kunci peranti anda dengan sebelah tangan. Pilih gambar, nombor,
dan sediakan gabungan tersebut. Bilangan gabungan hampir tidak berkesudahan!
Untuk menghidupkan kata laluan gambar, anda terlebih dahulu perlu menetapkan kata laluan peranti.
Kata laluan peranti juga diperlukan sekiranya anda terlupa kata laluan gambar anda, atau jika anda perlu
memasukkan kata laluan untuk mengakses peranti BlackBerry anda dari komputer.
Jika peranti anda menggunakan teknologi BlackBerry Balance, dalam tetapan
Balance, pastikan anda
mematikan suis
Gunakan sebagai kata laluan peranti saya.
1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Keselamatan dan Privasi > Kata Laluan Peranti.
3. Hidupkan suis Kata Laluan Gambar.
4. Masukkan kata laluan peranti anda.
5. Lengkapkan arahan pada skrin.
Petua: Apabila anda mencipta kata laluan gambar atau membuka kunci peranti, anda boleh menyeret
jari anda ke mana sahaja di atas skrin supaya anda nampak dengan jelas ke mana nombor dialihkan.
Keselamatan dan sandaran
Panduan Pengguna
288
Buka kunci peranti anda dengan kod buka kunci rangkaian
Untuk mendapatkan kod buka kunci untuk peranti BlackBerry anda, hubungi pembekal khidmat anda.
Peranti anda mungkin dikunci rangkaian yang membolehkan peranti anda untuk membuat sambungan
rangkaian mudah alih dengan pembekal perkhidmatan semasa anda sahaja. Jika anda bercadang untuk
perjalanan antarabangsa dan ingin menggunakan kad SIM daripada pembekal perkhidmatan lain, anda
mungkin perlu memasukkan kod buka kunci.
Petua: Untuk melihat pembekal perkhidmatan semasa yang dikaitkan dengan peranti anda, pada skrin
utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin. Ketik
Tetapan > Perihal. Dalam senarai juntai bawah
Kategori, ketik Kad SIM.
1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Keselamatan dan Privasi > Kad SIM.
3. Dalam bahagian Kunci Rangkaian Telefon, ketik item yang dikunci.
4. Apabila digesa, masukkan kod buka kunci.
AWAS: Atas sebab keselamatan, setiap kod buka kunci hanya boleh salah dimasukkan sebanyak 10
kali. Jika anda melebihi bilangan percubaan yang dibenarkan untuk memasukkan kod buka kunci, kad
SIM anda hanya akan membenarkan panggilan kecemasan sahaja. Untuk bantuan, hubungi pembekal
perkhidmatan anda.