Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Lindungi kad SIM anda dengan PIN

background image

Lindungi kad SIM anda dengan PIN

Anda boleh menggunakan PIN kad SIM untuk menghalang penggunaan kad SIM anda tanpa kebenaran
dalam peranti lain. Contohnya, jika anda kehilangan kad SIM anda dan seseorang cuba
menggunakannya dalam peranti lain, kad SIM tidak dapat digunakan melainkan PIN dimasukkan dengan
betul.

Anda boleh meminta PIN untuk kad SIM anda daripada pembekal perkhidmatan anda.

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Keselamatan dan Privasi > Kad SIM.
3. Hidupkan suis Kunci PIN Kad SIM.
4. Taipkan PIN kad SIM yang diberikan oleh pembekal perkhidmatan.

AWAS: Jika anda melebihi bilangan percubaan yang dibenarkan untuk memasukkan PIN kad SIM, kad
SIM anda akan berhenti berfungsi. Untuk membuka kunci kad SIM anda, hubungi pembekal
perkhidmatan anda.

Tukar PIN kad SIM anda

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Keselamatan dan Privasi > Kad SIM.

• Untuk menukar PIN yang melindungi kad SIM anda, ketik

Tukar PIN 1.

• Untuk menukar PIN yang mengawal akses ke ciri panggilan seperti dailan tetap, ketik

Tukar PIN

2.

Keselamatan dan sandaran

Panduan Pengguna

290