Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Mengenai kad pintar

background image

Mengenai kad pintar

Anda boleh menggunakan kad pintar dan kata laluan untuk peranti BlackBerry atau ruang kerja anda
untuk membuka kunci peranti anda. Anda boleh menggunakan sijil kad pintar untuk menghantar mesej
dilindungi S/MIME.

Kad pintar menyimpan sijil dan kekunci peribadi. Anda boleh mengimport sijil daripada kad pintar ke
peranti anda dengan menggunakan pembaca kad pintar luaran atau kad pintar microSD. Operasi
kekunci peribadi seperti menandatangani dan menyahsulit menggunakan kad pintar. Operasi kekunci
awam seperti pengesahan dan penyulitan menggunakan sijil awam pada peranti anda.

Gunakan pengesahan dua faktor

Pengesahan dua faktor membolehkan menggunakan kad pintar dan kata laluan untuk peranti BlackBerry
atau ruang kerja anda untuk membuka kunci peranti anda.

Ciri Entri Kata Laluan Pintar direka bentuk untuk memudahkan anda memasukkan kata laluan pada
peranti anda. Peranti anda boleh mengingati format bagi kata laluan yang anda taip dalam medan kata
laluan dan memaparkan papan kekunci angka atau abjad angka yang sesuai di skrin. Juga, jika kata
laluan untuk peranti atau ruang kerja anda dan kata laluan untuk kad pintar anda adalah sama, peranti
anda boleh memasukkan kata laluan untuk kad pintar anda apabila anda menaip kata laluan untuk
peranti atau ruang kerja anda.

Anda mungkin perlu menghidupkan NFC atau Bluetooth pada peranti anda, bergantung kepada jenis
kad pintar yang anda gunakan.

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Keselamatan dan Privasi > Kata Laluan Peranti > Tetapan Pengesah.
3. Untuk menetapkan peranti anda supaya menggunakan kad pintar untuk membuka kunci peranti atau

ruang kerja anda, dalam senarai juntai bawah

Pengesah Pengguna Kad Pintar, ketik Peranti atau

Kerja.

4. Lakukan mana-mana perkara berikut:

• Untuk menyediakan peranti anda supaya lebih mudah memasukkan kata laluan bagi kad pintar

anda dan kata laluan untuk peranti atau ruang kerja anda, hidupkan suis

Entri Kata Laluan

Pintar.

• Untuk menetapkan peranti anda supaya mengunci semasa anda mengeluarkan kad pintar

daripada peranti anda atau pembaca kad pintar luaran, hidupkan suis

Kunci apabila Kad

Dikeluarkan.

Import sijil daripada kad pintar

Anda boleh mengimport sijil daripada kad pintar microSD dimasukkan dalam peranti BlackBerry anda
atau pembaca kad pintar luaran yang disambungkan ke peranti anda menggunakan kabel USB, atau
yang berpasangan dengan peranti anda menggunakan teknologi Bluetooth.

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

Keselamatan dan sandaran

Panduan Pengguna

291

background image

2. Ketik Tetapan > Keselamatan dan Privasi > Kad Pintar > Import Sijil.
3. Lengkapkan arahan pada skrin.

Simpan kata laluan kad pintar anda pada peranti anda

Anda boleh menetapkan peranti BlackBerry anda untuk menyimpan sementara kata laluan kad pintar
anda supaya anda tidak perlu memasukkannya dengan kerap. Untuk mengosongkan cache, kunci
peranti anda.

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Keselamatan dan Privasi > Kad Pintar.
3. Hidupkan suis Cache PIN.

Matikan pemberitahuan LED untuk kad pintar

LED merah berkelip semasa peranti BlackBerry anda mengakses data pada kad pintar. Anda boleh
mematikan penunjuk ini.

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Keselamatan dan Privasi > Kad Pintar.
3. Matikan suis Penunjuk Aktiviti LED.