Memindahkan rekod kata laluan
Untuk memindahkan rekod kata laluan, anda perlu terlebih dahulu menyandarkan data kata laluan
sebagai sebahagian daripada fail sandaran semasa proses menukar peranti, atau mengeksport rekod
kata laluan ke fail sandaran.
Jika anda menyimpan fail sandaran ke kad media, masukkan kad media ke dalam peranti BlackBerry
baru anda. Jika anda tidak menyimpan fail sandaran ke kad media, anda boleh menggunakan
BlackBerry Link untuk memindahkan rekod.
1. Dalam aplikasi Password Keeper, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik > Import Kata Laluan.
3. Lengkapkan arahan pada skrin.