Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Import sijil daripada komputer anda

background image

Import sijil daripada komputer anda

1. Lakukan salah satu perkara berikut:

• Untuk mengimport sijil menggunakan sambungan USB, sambungkan peranti BlackBerry anda ke

komputer anda menggunakan kabel USB. Jika perlu, pada komputer anda, masukkan kata laluan
peranti anda.

• Untuk mengimport sijil menggunakan sambungan Wi-Fi, pada peranti anda, leret ke bawah dari

bahagian atas skrin utama. Ketik

Tetapan > Storan dan Akses. Hidupkan suis Akses

menggunakan Wi-Fi. Taipkan kata laluan akses storan. Ketik Pengenalan pada Rangkaian dan
catatkan

Nama pengguna.

2. Pada peranti anda, di skrin utama, leret ke bawah dari sebelah atas skrin.
3. Ketik Tetapan > Perihal.
4. Dalam senarai juntai bawah Kategori, ketik Rangkaian.
5. Dalam bahagian Wi-Fi atau USB, catatkan alamat IPv4 .
6. Pada komputer anda, navigasi ke fail sijil dan salin fail itu.

• Jika komputer anda menggunakan sistem pengendalian Windows, dalam perintah Run, taipkan

alamat IP dalam format berikut: \\xxx.xxx.xxx.xxx.

• Jika komputer anda menggunakan sistem pengendalian Mac, pilih

Pergi > Sambung ke Pelayan.

Taipkan alamat IP dalam format berikut: smb://xxx.xxx.xxx.xxx.

7. Lakukan salah satu perkara berikut:

• Jika komputer anda menggunakan sistem pengendalian Windows, buka folder

media

\downloads. Jika perlu, masukkan nama pengguna dan kata laluan akses storan.

• Jika komputer anda menggunakan sistem pengendalian Mac, buka folder

media/downloads. Jika

perlu, masukkan nama pengguna dan kata laluan akses storan.

8. Tampal sijil ke dalam folder media\downloads atau media/downloads.

Keselamatan dan sandaran

Panduan Pengguna

297

background image

9. Pada peranti anda, ketik > Keselamatan dan Privasi > Sijil > Import.
10.Ikut arahan pada skrin.