Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Menetapkan kebenaran keselamatan untuk aplikasi

background image

Menetapkan kebenaran keselamatan untuk aplikasi

BlackBerry 10 OS mengandungi kebenaran aplikasi yang direka bentuk untuk membolehkan anda
mengawal maklumat dan ciri yang boleh diakses oleh aplikasi pada peranti BlackBerry anda. Contohnya,
anda boleh mengawal sama ada aplikasi boleh mengakses e-mel, kenalan, gambar atau lokasi peranti
anda. Perlu diingatkan bahawa sesetengah aplikasi memerlukan kebenaran khusus untuk berfungsi.
Anda juga boleh membantu melindungi peranti anda dengan memuat turun aplikasi hanya daripada
sumber yang dipercayai seperti kedai BlackBerry World.

Semasa anda membuka aplikasi untuk kali pertama, peranti anda mungkin memaparkan senarai fail dan
ciri yang ingin diakses oleh aplikasi. Jika terdapat sesuatu yang kelihatan tidak betul, anda boleh
menolak permintaan aplikasi untuk mengakses item. Contohnya, anda mungkin memuat turun
permainan yang memerlukan akses ke mesej anda, yang mungkin munasabah jika permainan itu
mengandungi ciri untuk mengongsi markah permainan anda. Namun begitu, jika anda tidak selesa
dengan keupayaan permainan itu yang boleh mengarang dan melihat mesej e-mel anda, anda boleh
mematikan akses ke mesej atau memadamkan aplikasi tersebut. Anda boleh melihat atau menukar
keizinan untuk kebanyakan aplikasi dalam tetapan peranti anda.

Untuk sesetengah aplikasi, semasa anda memasangnya, anda digesa untuk menerima atau menolak
semua keizinan yang diminta. Jika anda menolak, gesaan itu akan muncul lagi kali pertama anda

Keselamatan dan sandaran

Panduan Pengguna

295

background image

membuka aplikasi. Anda tidak boleh menukar keizinan aplikasi kemudiannya melainkan anda
memadamkan atau memasang semula aplikasi itu.