Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Perihal BlackBerry Guardian

background image

Perihal BlackBerry Guardian

Rasa selamat dan terjamin apabila anda memuat turun aplikasi dan permainan daripada BlackBerry
World menggunakan BlackBerry Guardian.

BlackBerry Guardian menilai semua aplikasi dan permainan dalam BlackBerry World sebelum ia tersedia
untuk dimuat turun. BlackBerry Guardian direka bentuk untuk melindungi anda daripada memuat turun
aplikasi dan permainan yang mungkin mengandungi perisian hasad atau isu privasi. Ikon BlackBerry
Guardian dalam kedai BlackBerry World menunjukkan bahawa aplikasi atau permainan telah disemak
untuk perisian hasad atau isu privasi.

BlackBerry Guardian turut menggabungkan teknologi daripada peneraju keselamatan perisian Trend
Micro. BlackBerry Guardian terus berkembang untuk membantu mengenal pasti bentuk perisian hasad
dan isu privasi yang paling canggih.

Jika perisian hasad ditemui dalam aplikasi atau permainan selepas ia tersedia, aplikasi atau permainan
akan dialih keluar daripada BlackBerry World.