Untuk menukar atau melihat keizinan aplikasi
Bagi sesetengah aplikasi, jika anda mematikan keizinan, aplikasi mungkin tidak akan berfungsi seperti
yang anda jangkakan. Jika aplikasi tidak berfungsi seperti yang anda jangkakan, pertimbangkan untuk
menghidupkan beberapa atau semua keizinan aplikasi.
Tetapan kebenaran aplikasi Jalankan Apabila Diminimumkan membolehkan aplikasi terus menjalankan
tugas selepas anda meminimumkan aplikasi di peranti BlackBerry anda. Untuk membantu
memanjangkan hayat bateri anda, pertimbangkan untuk mematikan kebenaran Jalankan Apabila
Diminimumkan bagi aplikasi di peranti anda.
1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Keselamatan dan Privasi > Keizinan Aplikasi.
• Untuk melihat keizinan aplikasi tertentu, ketik aplikasi.
• Untuk melihat aplikasi mana menggunakan keizinan tertentu, dalam senarai juntai bawah
Keizinan, ketik keizinan.
3. Untuk menghidupkan atau mematikan keizinan, ketik suis.
4. Mulakan semula peranti anda agar perubahan berkesan.