Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Bagaimanakah saya hendak menetapkan semula kata laluan BlackBerry ID saya yang hilang atau yang telah saya lupa?

background image

Bagaimanakah saya hendak menetapkan semula kata laluan BlackBerry ID saya
yang hilang atau yang telah saya lupa?

Anda boleh meminta untuk dihantarkan arahan mengenai cara untuk menetapkan semula kata laluan
BlackBerry ID anda ke alamat e-mel yang anda gunakan sebagai nama pengguna BlackBerry ID anda.
Atas sebab keselamatan, kata laluan BlackBerry ID anda tidak boleh ditetapkan semula untuk anda.

Persediaan dan asas

Panduan Pengguna

41

background image

Lakukan salah satu perkara berikut:

• Untuk menetapkan semula kata laluan anda pada komputer, lawat

www.blackberry.com/

blackberryid

. Klik

Tetapkan semula kata laluan anda. Lengkapkan arahan pada skrin.

• Untuk menetapkan semula kata laluan anda pada peranti BlackBerry anda, semasa anda diminta

untuk mendaftar masuk dengan BlackBerry ID anda, klik

Terlupa Kata Laluan. Jawab soalan

keselamatan anda dan lengkapkan arahan pada skrin.

Selepas anda melengkapkan langkah-langkah di atas, anda akan menerima e-mel penetapan semula
kata laluan. Jika anda melengkapkan langkah untuk menetapkan semula kata laluan anda pada
komputer, e-mel penetapan semula kata laluan hanya boleh dilihat pada komputer dan tidak dihantarkan
kepada peranti anda. Jika anda mengikut langkah untuk menetapkan semula kata laluan anda pada
peranti anda, e-mel penetapan semula kata laluan akan dihantarkan kepada peranti anda. Lengkapkan
arahan dalam e-mel untuk menetapkan semula kata laluan BlackBerry ID anda.

Persediaan dan asas

Panduan Pengguna

42