Pindahkan data menggunakan BlackBerry Link pada komputer
Kaedah pemindahan data tersedia jika anda menukar daripada peranti BlackBerry yang menjalankan
BlackBerry OS (versi 5.0 hingga 7.1) atau BlackBerry 10 OS. Anda boleh gunakan BlackBerry Link untuk
memindahkan data dan tetapan, seperti sejarah telefon, fail media, penanda buku pelayar dan
sebagainya ke peranti BlackBerry 10 baru anda. BlackBerry Link direka bentuk untuk mengalih data
dalam ruang peribadi anda tetapi bukan data dalam ruang kerja anda.
Hanya data yang disimpan dalam ruang storan di peranti lama anda dipindahkan. Sebarang data yang
disandarkan atau disegerakkan secara wayarles dengan akaun berasaskan web tidak dipindahkan ke
peranti baru anda.
1. Muat turun dan pasang BlackBerry Link dari
www.blackberry.com/BlackBerryLink
pada komputer
anda.
2. BukaBlackBerry Link.
3. Sambungkan peranti BlackBerry semasa anda ke komputer menggunakan kabel USB.
Persediaan dan asas
Panduan Pengguna
35
4. Lengkapkan arahan pada skrin.
5. Apabila digesa, sambungkan peranti BlackBerry 10 baru anda ke komputer menggunakan kabel
USB.
6. Lengkapkan arahan pada skrin.