Memadam data pada peranti BlackBerry anda
Selepas anda memindahkan data ke peranti baru BlackBerry 10 anda, pertimbangkan untuk memadam
semua data di peranti BlackBerry lama anda. Pemadaman keselamatan direka bentuk untuk
memadamkan secara kekal data anda supaya data itu tidak boleh dipulihkan. Ini termasuklah akaun e-
mel, aplikasi yang dimuat turun, fail media, dokumen, penanda halaman pelayar dan tetapan.
Apabila pemadaman keselamatan selesai, peranti anda mati secara automatik. Untuk menghidupkan
peranti anda, tekan kekunci Kuasa/Kunci.
Persediaan dan asas
Panduan Pengguna
37
Padam bersih data pada peranti yang menjalankan BlackBerry OS (versi 5.0 - 7.1)
1. Pada skrin utama peranti anda, ketik aplikasi Pilihan.
2. Ketik Keselamatan atau Pilihan Keselamatan.
3. Ketik Pemadaman Keselamatan.
4. Pilih item yang ingin dipadam.
5. Taip blackberry.
6. Ketik Padam Data atau Padam Bersih.
Memadam data pada peranti yang menjalankan BlackBerry 10 OS
1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan.
3. Ketik Keselamatan dan Privasi > Pemadaman Keselamatan.
4. Taip blackberry.
5. Ketik Padam Data.
Jika anda merancang untuk memberi atau mengitar semula peranti anda, jangan lupa untuk
mengeluarkan kad SIM dan kad media anda.