Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Mengenai BlackBerry Balance dan ruang kerja anda

background image

Mengenai BlackBerry Balance dan ruang kerja anda

Teknologi BlackBerry Balance membantu menangani urusan keselamatan korporat tanpa mengehadkan
penggunaan peribadi peranti BlackBerry anda. Jika pentadbir anda menghidupkan BlackBerry Balance,
data peranti, aplikasi dan akses rangkaian diasingkan supaya anda mempunyai ruang kerja dan ruang
peribadi. Ruang yang diasingkan membantu anda mengelakkan aktiviti seperti menyalin data kerja ke
dalam aplikasi peribadi secara tidak sengaja atau memaparkan data kerja sulit semasa bersembang
BBM Video. Jika pentadbir anda menghidupkan BlackBerry Balance, pentadbir anda juga boleh
menentukan dasar keselamatan yang menghidupkan dan mematikan ciri pada peranti anda. Untuk
maklumat mengenai dasar keselamatan yang ditetapkan pada peranti anda, hubungi pentadbir anda.

Secara lalainya, peranti anda menggunakan ruang peribadi. Anda boleh menggunakannya untuk aktiviti
seperti mengambil gambar, memuat turun video, bermain permainan dalam talian, menyimpan fail pada
kad media dan mengirim ke laman web rangkaian sosial.

Dalam ruang kerja anda, anda boleh mengakses e-mel, kenalan dan kalendar kerja anda, membuat
dokumen kerja dan menyemak tapak intranet korporat. Ruang kerja anda boleh menyertakan versi
BlackBerry World berasingan yang mengandungi aplikasi yang dibenarkan untuk dimuat turun dan
digunakan di tempat kerja. Jika ruang kerja anda dilindungi dengan kata laluan, anda harus membuka
kunci ruang kerja anda untuk mengakses data kerja anda.

Anda boleh mengakses data peribadi dan data kerja dari tempat tertentu seperti Carian.