Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Kunci ruang kerja anda

background image

Kunci ruang kerja anda

Jika peranti BlackBerry anda menggunakan teknologi BlackBerry Balance untuk mengasingkan aktiviti
kerja dan peribadi, anda boleh mengunci ruang kerja anda dan teruskan mengakses fail peribadi,
aplikasi peribadi dan data peribadi dalam ruang peribadi di peranti anda.

Anda mungkin boleh menggunakan kata laluan yang sama untuk kata laluan ruang kerja dan kata laluan
peranti anda, bergantung kepada peraturan yang ditetapkan oleh pentadbir anda.

Anda mungkin tidak dapat menetapkan kata laluan mudah untuk mengunci peranti anda bergantung
kepada peraturan yang ditetapkan oleh pentadbir anda.

1. Untuk mencipta kata laluan jika anda tiada kata laluan ruang kerja, pada skrin utama, leret ke bawah

dari bahagian atas skrin. Ketik

Tetapan > BlackBerry Balance. Lakukan salah satu perkara

berikut:

• Untuk menetapkan kata laluan ruang kerja yang terdiri daripada aksara dan nombor, hidupkan

suis

Kata Laluan Kerja. Taipkan kata laluan. Jika anda mahu menggunakan kata laluan yang

sama bagi kata laluan peranti anda, hidupkan suis

Gunakan sebagai kata laluan peranti saya.

• Untuk segera menetapkan kata laluan ruang kerja yang terdiri daripada nombor sahaja, hidupkan

suis

Kata Laluan Mudah. Taipkan kata laluan.

2. Pada skrin utama, leret ke bawah dari sebelah atas skrin.

• Untuk mengunci ruang kerja anda dengan segera, ketik .
• Untuk mengunci ruang kerja anda secara automatik selepas satu masa tertentu, ketik Tetapan

>

BlackBerry Balance. Dalam senarai juntai bawah Kunci Ruang Kerja Selepas, pilih selang

masa.

Pastikan anda tidak lupa kata laluan ruang kerja anda. Jika anda lupa kata laluan anda, hubungi
pentadbir anda untuk menetapkannya semula. Jika anda telah melebihi bilangan percubaan yang
dibenarkan untuk memasukkan kata laluan ruang kerja anda, ruang kerja anda dan semua
kandungannya akan dipadamkan.