Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Menyelesaikan masalah: Ruang kerja dan BlackBerry Balance

background image

Menyelesaikan masalah: Ruang kerja dan BlackBerry Balance

Peranti saya dikuarantin

Jika peranti BlackBerry anda dikuarantin, anda menerima pemberitahuan bahawa anda tidak boleh
mengakses ruang kerja anda sehingga anda menyelesaikan masalah tersebut. Apabila peranti anda
dikuarantin, anda tidak boleh mengakses fail atau mesej e-mel di rangkaian organisasi daripada peranti
anda, tetapi anda boleh mengakses fail dalam ruang kerja yang disimpan di peranti anda. Jika peranti
anda dikuarantin, pentadbir anda mungkin memadam beberapa atau semua data di peranti anda.

Nota: Peranti boleh dikuarantin hanya jika akaun kerja pada peranti dikaitkan dengan penyelesaian
Enterprise Mobility Management (EMM) daripada BlackBerry.

Untuk mengeluarkan peranti anda daripada kuarantin, cuba perkara berikut:

• Jika perkhidmatan tidak diaktifkan dengan betul pada kad SIM dalam peranti anda, cuba gunakan

kad SIM yang lain atau tukar pelan perkhidmatan wayarles anda.

• Jika peranti anda menjalankan versi BlackBerry 10 OS yang tidak disokong organisasi anda, hubungi

pentadbir anda untuk mengemas kini kepada versi yang disokong.

• Jika penyelesaian EMM daripada BlackBerry mengesan bahawa keselamatan peranti anda

dikompromi, hubungi pentadbir anda untuk mengetahui cara memasang semula BlackBerry 10 OS.

Jika anda masih tidak boleh membuka kunci ruang kerja anda, hubungi pentadbir anda.

Produktiviti dan kerja

Panduan Pengguna

277