Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Sesuaikan pemberitahuan untuk kenalan

background image

Sesuaikan pemberitahuan untuk kenalan

Pemberitahuan yang anda sesuaikan untuk kenalan membatalkan tetapan pemberitahuan bagi profil dan
aplikasi. Sebagai contoh, sekiranya bunyi dihidupkan untuk pemberitahuan telefon bagi kenalan tetapi
bunyi dimatikan untuk telefon, telefon masih berdering apabila kenalan menelefon anda.

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Pemberitahuan.
3. Pada bahagian bawah skrin Pemberitahuan, ketik Pemberitahuan Kenalan.
4. Ketik .
5. Ketik kenalan.
6. Lakukan mana-mana perkara berikut:

• Ketik

Panggilan Telefon.

• Ketik

Mesej E-mel.

• Ketik

BBM.

• Ketik

Mesej Teks.

• Ketik

Pemesejan Lain, yang mengandungi aplikasi seperti Facebook, Twitter, LinkedIn dan

banyak lagi.

7. Lakukan salah satu perkara berikut:

• Matikan suis

Semua Pemberitahuan.

• Tukar tetapan

Bunyi, Nada Dering, Getar, LED atau Pratonton Segera.

Nota: Jika anda menetapkan sebarang senarai juntai bawah kepada Tetapan Profil, tetapan bunyi,
nada, getar atau LED mencerminkan apa yang ditetapkan dalam profil aktif. Jika anda membuat
sebarang perubahan kepada senarai jatuh bawah, perubahan ini membatalkan tetapan dalam profil
aktif.

Kenalan yang anda sesuaikan pemberitahuannya disenaraikan pada skrin Pemberitahuan Kenalan.