Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Menjawab atau menolak panggilan

background image

Menjawab atau menolak panggilan

Lakukan salah satu perkara berikut:

• Untuk menjawab panggilan, sentuh dan tahan bulatan di tengah-tengah skrin dan luncurkan jari anda

ke kiri. Lepaskan jari anda apabila bulatan meliputi

.

• Untuk menolak panggilan, sentuh dan tahan bulatan di tengah-tengah skrin dan luncurkan jari anda

ke kanan. Lepaskan jari anda apabila bulatan meliputi

.

Gunakan Balas Sekarang untuk menghantar mesej kepada pemanggil

Anda tidak perlu keluar daripada mesyuarat atau perbualan untuk menjawab telefon lagi. Dengan ciri
Balas Sekarang, anda boleh menghantar mesej ringkas kepada pemanggil selain menjawab panggilan
masuk. Secara lalainya, jika pemanggil merupakan kenalan BBM, mesej Balas Sekarang dihantar
sebagai mesej BBM. Jika pemanggil bukan kenalan BBM, mesej Balas Sekarang dihantar sebagai mesej
teks. Bergantung kepada penerima mesej Balas Sekarang, caj tambahan pemesejan teks mungkin
dikenakan.

1. Apabila anda menerima panggilan masuk, ketik atau .
2. Lakukan mana-mana perkara berikut:

• Untuk menghantar salah satu daripada mesej lalai Balas Sekarang, ketik pada mesej.
• Untuk mengarang mesej baru, ketik Mesej Tersuai. Taip mesej dan ketik .

Telefon dan suara

Panduan Pengguna

44

background image

Menyenyapkan nada dering apabila anda menerima panggilan

Jika anda menerima panggilan semasa bunyi atau getaran pemberitahuan anda dihidupkan, anda boleh
menyenyapkan nada dering dan menghentikan peranti anda daripada bergetar dengan cepat. Apabila
anda menyenyapkan nada dering, anda masih boleh menjawab atau menolak panggilan.

Apabila anda menerima panggilan masuk, ketik

.