Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Menjawab panggilan secara automatik

background image

Menjawab panggilan secara automatik

Anda boleh menyediakan peranti BlackBerry anda untuk menjawab panggilan secara automatik semasa
set kepala Bluetooth disambungkan atau semasa anda mengeluarkan peranti anda daripada bekas atau
sarung.

Jawab atau tamatkan panggilan secara automatik menggunakan bekas atau sarung

1. Dalam aplikasi Telefon, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik > Sarung.
3. Lakukan mana-mana perkara berikut:

• Hidupkan suis

Jawab Panggilan dengan Mengeluarkan Peranti Daripada Sarung.

• Hidupkan suis

Tamatkan Panggilan dengan Mengeluarkan Peranti Daripada Sarung.

Jawab panggilan secara automatik semasa set kepala Bluetooth disambungkan

1. Dalam aplikasi Telefon, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik > Bluetooth.
3. Hidupkan suis Jawab Panggilan Secara Automatik Semasa Disambungkan ke Set Kepala.

Apabila anda menghidupkan ciri ini dan set kepala Bluetooth disambungkan ke peranti BlackBerry anda,
panggilan anda akan dijawab secara automatik selepas 5 saat.

Telefon dan suara

Panduan Pengguna

45