Tukar bahasa papan kekunci anda
Anda mesti menyediakan lebih banyak bahasa papan kekunci sebelum anda boleh bertukar antara
bahasa. Jika anda menyediakan berbilang bahasa yang menggunakan reka letak papan kekunci yang
sama (seperti QWERTY, AZERTY atau QUERTZ), peranti BlackBerry anda secara automatik mengesan
perkataan dalam setiap bahasa.
1. Pada permulaan baris teks yang baru, ketik .
Tetapan
Panduan Pengguna
174
2. Ketik bahasa yang anda ingin gunakan untuk menaip pada Papan Kekunci BlackBerry anda.
Jika anda menyediakan dua bahasa yang menggunakan reka letak papan kekunci yang berbeza, bahasa
dan reka letak papan kekunci lalai secara automatik bertukar kepada reka letak yang lain. Jika anda
menyediakan tiga bahasa yang menggunakan reka letak papan kekunci yang berbeza, peranti anda
secara automatik mengitar kepada bahasa seterusnya dalam senarai yang mempunyai reka letak papan
kekunci lalai yang berbeza. Dalam kedua-dua kes, peranti anda mengecam perkataan daripada semua
bahasa papan kekunci yang anda sediakan.