Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Bagaimanakah saya hendak memanjangkan hayat bateri?

background image

Bagaimanakah saya hendak memanjangkan hayat bateri?

Hayat bateri berbeza-beza bergantung pada cara anda menggunakan peranti BlackBerry anda. Untuk
membantu kuasa bateri tahan lebih lama, berikut adalah beberapa pertimbangan:

Malapkan skrin

Panjangkan hayat bateri dengan menukar tetapan peranti anda supaya memalapkan skrin.

Lakukan mana-mana perkara berikut:

• Untuk melaraskan kecerahan skrin, pilih hias latar berwarna gelap atau ubah tamat masa kunci skrin,

pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin. Ketik

Tetapan > Paparan.

• Untuk mengunci peranti anda secara automatik dan memalapkan skrin apabila ia dalam bekas atau

sarung BlackBerry, pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin. Ketik

Tetapan >

Keselamatan dan Privasi > Kata Laluan Peranti > Kunci Peranti Semasa Disarungkan.

Kurangkan kelantangan

Lakukan mana-mana perkara berikut:

• Untuk mengurangkan kelantangan peranti, gunakan kekunci kelantangan di sebelah kanan peranti

anda.

• Untuk melaraskan tetapan kelantangan lain seperti kelantangan aplikasi atau pemberitahuan, pada

skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin. Ketik

Tetapan > Kelantangan Utama atau

Pemberitahuan.

Tutup aplikasi

Tingkatkan jangka masa kuasa bateri bertahan dalam satu pengecasan dengan menutup sebarang
aplikasi atau ciri yang anda telah selesai gunakan supaya ia tidak terus berjalan di latar. Sesetengah ciri
menggunakan lebih kuasa bateri berbanding yang lain. Tutup atau matikan aplikasi dan ciri ini apabila
anda tidak menggunakannya: Kamera, (jika peranti anda dilengkapi dengan kamera), Pelayar BlackBerry,
GPS dan teknologi Bluetooth.

Tetapan

Panduan Pengguna

136

background image

Matikan sambungan

Jika peranti anda berada di luar kawasan liputan wayarles, anda boleh matikan sambungan supaya
peranti anda tidak berterusan mencari isyarat rangkaian. Anda juga boleh membantu memanjangkan
hayat bateri dengan memadam rangkaian Wi-Fi yang disimpan yang tidak digunakan lagi.

Lakukan mana-mana perkara berikut:

• Untuk mematikan sambungan, pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin. Ketik

Tetapan > Rangkaian dan Sambungan.

• Untuk mematikan rangkaian Wi-Fi yang disimpan, pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian

atas skrin. Ketik

Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Wi-Fi >

. Ketik dan tahan

rangkaian yang hendak dipadamkan. Ketik

.

Kemas kini perisian anda

Anda sentiasa mendapat lonjakan dalam penjimatan kuasa dengan menggunakan versi terkini
BlackBerry 10 OS. Jika kemas kini perisian tersedia untuk peranti anda, pemberitahuan muncul dalam
BlackBerry Hub.

Gunakan kad media

Kurangkan penggunaan kuasa dengan menyimpan kurang data pada peranti anda. Simpan data pada
kad media sebagai ganti ruang storan peranti anda.

Matikan denyar kamera

Jika peranti anda dilengkapi dengan kamera, jimatkan lebih banyak kuasa dengan mematikan denyar
kamera semasa mengambil gambar.

Petua: Seperti kebanyakan peranti elektronik, bateri peranti anda akan berkurangan dengan perlahan
jika anda menjauhkannya daripada cahaya matahari dan tempat panas, memastikan sesentuh bateri
bersih dan mengecasnya dengan kerap. Elakkan daripada membiarkan peranti anda dimatikan dengan
paras kuasa bateri yang rendah bagi satu tempoh masa yang lama.