Keselamatan peranti dan bateri
Anda harus menggunakan bateri yang ditentukan oleh BlackBerry untuk digunakan dengan model
peranti BlackBerry khusus anda. Jika anda menggunakan sebarang bateri lain, anda boleh membatalkan
sebarang waranti yang diberikan dengan peranti anda.
AWAS: Terdapat risiko letupan jika bateri diganti dengan jenis bateri yang salah.
Pelupusan peranti dan bateri
Sila kitar semula peranti BlackBerry dan bateri anda mengikut peraturan tempatan anda. Jangan
lupuskan peranti atau bateri anda di dalam api. Peranti atau bateri anda tidak seharusnya dibuang dalam
tong sampah rumah anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang memulangkan peranti anda ke BlackBerry untuk dikitar semula
dan dilupuskan dengan selamat, dari pelayar pada komputer anda, lawati
www.blackberry.com/
recycling
. Program kitar semula dan tukar beli hanya tersedia di kawasan tertentu.
BlackBerry dan kemapanan alam sekitar
BlackBerry komited dalam mengurangkan impak alam sekitar bagi produk BlackBerry. Untuk
mengetahui selanjutnya tentang usaha kemapanan di BlackBerry, lawati
http://ca.blackberry.com/
company/about-us/corporate-responsibility/product-sustainability.html
.