Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Memantau hayat bateri, penggunaan memori, penggunaan CPU dan ruang storan pada peranti anda

background image

Memantau hayat bateri, penggunaan memori, penggunaan CPU dan ruang storan
pada peranti anda

Anda boleh menyemak baki masa dan kuasa bateri yang tinggal, jumlah memori peranti yang digunakan,
dan baki ruang storan yang ada. Anda juga boleh memantau aplikasi dan perkhidmatan yang paling
banyak menggunakan kuasa bateri, memori peranti, ruang storan atau sumber CPU, dan anda boleh
menutup atau memadam beberapa aplikasi bagi membantu menjimatkan kuasa bateri atau
meningkatkan prestasi peranti.

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Pengurus Aplikasi > Pemantau Peranti.

Tetapan

Panduan Pengguna

133

background image

3. Untuk memantau pelbagai jenis statistik peranti, ketik .
4. Ketik jenis statistik.

Petua: Pada skrin Bateri dan CPU, anda boleh melihat statistik peranti dan penggunaan dari jangka
masa yang berbeza. Untuk menukar jangka masa bagi statistik di skrin Bateri atau CPU, di bahagian
atas skrin, ketik

. Ketik jangka masa.

Lihat statistik bateri dan penggunaan untuk aplikasi atau perkhidmatan tertentu

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Pengurus Aplikasi > Pemantau Peranti.
3. Ketik aplikasi atau perkhidmatan.

Tutup atau padam aplikasi daripada skrin Pemantau Peranti

Jika anda dapati aplikasi yang terbuka menggunakan banyak kuasa bateri, memori peranti atau sumber
CPU, anda boleh menutup dan menamatkan semua proses yang berkaitan dengan aplikasi tersebut.
Anda juga boleh memadam beberapa aplikasi selama-lamanya daripada skrin Pemantau Peranti.
Sesetengah aplikasi mesti dipasang dan dibuka sepanjang masa, jadi ia tidak boleh ditutup atau
dipadam.

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Pengurus Aplikasi > Pemantau Peranti.
3. Ketik aplikasi.
4. Lakukan salah satu perkara berikut:

• Untuk menutup aplikasi, ketik .
• Untuk memadam aplikasi selama-lamanya, ketik .