Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Menggunakan Mod Penjimatan Bateri

background image

Menggunakan Mod Penjimatan Bateri

Jika paras kuasa bateri anda menurun, anda boleh menyediakan Mod Penjimatan Bateri supaya hidup
secara automatik dan membantu hayat bateri anda bertahan lebih lama apabila anda memerlukannya!
Apabila Mod Penjimatan Bateri dihidupkan, peranti anda secara automatik melaraskan pelbagai tetapan
bagi membantu menjimatkan kuasa bateri. Jika anda perlu menjimatkan lebih banyak kuasa bateri, anda
juga boleh melaraskan tetapan tambahan. Contohnya, anda boleh memilih untuk mematikan
perkhidmatan data atau perkhidmatan lokasi untuk menjimatkan lebih banyak kuasa bateri.

Secara lalai, Mod Penjimatan Bateri hidup secara automatik apabila paras kuasa bateri anda berbaki
20% atau lebih rendah. Anda juga boleh menghidupkan Mod Penjimatan Bateri secara manual pada
bila-bila masa.