Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Menggunakan kad media

background image

Menggunakan kad media

Inginkan lebih ruang untuk menyimpan nada dering, video, gambar dan lagu anda? Untuk ruang
tambahan bagi menyimpan dokumen dan fail media, anda boleh memasukkan kad microSD ke dalam
peranti BlackBerry anda. Menggunakan kad media boleh membantu meningkatkan prestasi dan
kecekapan kuasa peranti anda.

Anda boleh mengalihkan sejumlah besar data dengan hanya mengalihkan kad media ke dalam peranti
lain yang menyokong kad microSD.

Kad media yang disokong

Peranti BlackBerry anda menyokong kad media bersaiz sehingga 128 GB. Hanya kad microSD
disokong.

Untuk menggunakan kad media yang lebih besar daripada 32 GB, anda perlu memformatkan kad media
kepada format FAT32. Anda boleh menggunakan peranti anda untuk memformatkan kad media anda.

Tetapan

Panduan Pengguna

204

background image

Format kad media anda

Anda boleh memformatkan kad media anda untuk membantu menyelesaikan isu dengan kad media.
Semasa anda memformatkan kad media anda, semua data kad media anda dipadamkan.

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Storan dan Akses.
3. Ketik Format Kad Media.