Mesej ralat: Kad media
Jika peranti BlackBerry anda mengesan kemungkinan masalah atau isu dengan kad media anda, anda
boleh melihat butiran lebih lanjut tentang ralat itu dalam tetapan Storan dan Akses anda.
Kad media anda tidak dikenali
Kad media mungkin dalam format yang tidak dapat dibaca. Pertimbangkan untuk memformatkan kad
media.
AWAS: Data kad media dipadamkan semasa anda memformatkan kad media.
Kad media dilindungi kata laluan
Kata laluan menyekat akses ke kad media dan data yang disimpan padanya. Masukkan kad media ke
dalam peranti BlackBerry anda yang tidak dilindungi kata laluan.
Kad media anda ialah kad baca sahaja
Anda boleh melihat dan membuka fail pada kad media. Anda tidak boleh mengalihkan, memadamkan
atau mengubah suai fail pada kad media.
Kad media anda tidak memberi respons
Kad media tidak berkomunikasi dengan peranti BlackBerry anda. Pertimbangkan untuk menggunakan
kad media lain.
Tiada kad media ditemui
Pastikan terdapat kad media dalam peranti BlackBerry anda dan kad dimasukkan dengan betul.