Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Menaip dalam bahasa yang lain

background image

Menaip dalam bahasa yang lain

Anda boleh menetapkan peranti BlackBerry anda untuk mengecam tiga bahasa input yang berbeza
apabila anda menaip. Sambil anda menaip, peranti anda akan membuat ramalan berdasarkan setiap
satu daripada kelompok bahasa. Contohnya, jika anda menggunakan bahasa paparan berasaskan Latin,
ramalan muncul bagi sebarang bahasa berasaskan Latin yang dikonfigurasikan. Begitu juga, jika bahasa
paparan anda adalah Korea, ia tidak akan memaparkan cadangan berasaskan bahasa Arab atau Latin.
Apabila anda menetapkan lebih daripada satu bahasa menaip, anda mungkin perlu mempertimbangkan
perkara berikut:

• Sesetengah bahasa, seperti bahasa Thai dan Arab, mempunyai lebih banyak aksara dalam abjad

daripada kekunci yang ada pada papan kekunci. Anda perlu menggunakan gabungan ketikan
kekunci untuk mengakses aksara kedua atau ketiga pada kunci tertentu. Untuk maklumat mengenai
cara mengakses aksara jenis ini, lihat bantuan untuk menaip dalam bahasa tersebut.

• Bahasa yang berbeza mungkin mempunyai reka letak papan kekunci yang berbeza. Contohnya,

bahasa Inggeris Amerika menggunakan reka letak papan kekunci QWERTY, tetapi bahasa Perancis
menggunakan reka letak papan kekunci AZERTY. Sesetengah kekunci muncul di lokasi yang anda
tidak biasa gunakan.

• Bahasa yang sama mungkin mempunyai reka letak papan kekunci yang berbeza sedikit. Contohnya,

banyak bahasa menggunakan reka letak papan kekunci QWERTY. Walau bagaimanapun, bahasa
Denmark, Sepanyol dan Romania menyertakan aksara yang berbeza pada papan kekunci asas yang
tiada pada reka letak papan kekunci QWERTY.

Tetapan

Panduan Pengguna

175

background image

• Sesetengah bahasa yang disokong, seperti bahasa Ibrani, Parsi dan Arab, membaca dari kanan ke

kiri. Jika anda menukar kepada salah satu bahasa ini daripada bahasa kiri ke kanan di tengah-tengah
ayat, peranti anda secara automatik meletakkan aksara yang anda taip di sebelah kiri kursor. Apabila
anda menukar kembali kepada bahasa kiri ke kanan, anda perlu mengalih kursor anda ke sebelah
kanan teks.