Gerak isyarat untuk BlackBerry Screen Reader
Jika peranti BlackBerry anda mempunyai trackpad, anda boleh menggunakan gerak isyarat BlackBerry
Screen Reader pada trackpad dan juga pada skrin sentuh.
Nota: Apabila BlackBerry Screen Reader dihidupkan, anda hanya boleh menggunakan BlackBerry
Screen Reader pada trackpad.
Gerak isyarat untuk mod Tugas Pantas
Dalam mod Tugas Pantas, anda boleh menukar tetapan dan mengakses ciri BlackBerry Screen Reader.
Apabila anda mengakses mod Tugas Pantas, senarai tugas yang tersedia akan muncul, dan anda ada 3
saat untuk menyelesaikan tugas. Jika anda tidak menyelesaikan tugas, peranti BlackBerry akan menutup
mod dan bergetar seketika untuk memberitahu anda.
Untuk mengakses mod Tugas Pantas, leret ke bawah dan ke kanan dengan satu jari
Tugas
Gerak isyarat
Menukar kelantangan pertuturan
Leret ke atas dengan satu jari untuk menambah
kelantangan. Leret ke bawah dengan satu jari
untuk mengurangkan kelantangan.
Tetapan
Panduan Pengguna
184
Tugas
Gerak isyarat
Menukar kelajuan pertuturan
Leret ke kiri dengan satu jari untuk mengurangkan
kadar pertuturan. Leret ke kanan dengan satu jari
untuk menambah kadar pertuturan.
Memainkan semula item terakhir
Nota: Anda boleh gulung semula untuk
mendengar 10 item terakhir yang disebut.
Leret ke atas dengan dua jari.
Mengeja item terakhir huruf demi huruf
Leret ke bawah dengan dua jari.
Mengeja item terakhir menggunakan abjad fonetik
(contohnya, Alpha, Bravo dan sebagainya)
Leret ke bawah dan tahan dengan dua jari untuk
mengeja item terakhir secara fonetik.
Menghidupkan atau mematikan Mod Skrin Gelap
Ketik sekali dengan dua jari.
Gerak isyarat untuk menavigasi di peranti anda
Gerak isyarat yang bermula dari tepi skrin (seperti meleret ke bawah dari atas untuk mengakses Tetapan
atau meleret ke atas dari bawah untuk meminimumkan aplikasi) adalah sama dalam BlackBerry Screen
Reader seperti dalam semua aplikasi lain. Namun begitu, apabila BlackBerry Screen Reader dihidupkan,
anda boleh menggunakan gerak isyarat tambahan untuk membantu anda menavigasi.
Tugas
Gerak isyarat
Menetapkan dan membaca penerangan tentang
titik berkaitan
Titik berkaitan adalah medan, butang, kawasan
pemilihan, pautan, aplikasi, perenggan, ayat,
perkataan, tajuk, imej atau sebarang unsur
paparan lain.
Ketik titik berkaitan dengan satu jari.
Mengakses mod Penemuan
Mod Penemuan membenarkan anda berinteraksi
dengan titik berkaitan seperti huruf, perkataan,
butang, pautan, item menu dan gambar. Titik
berkaitan ini diserlahkan.
Ketik dan tahan titik berkaitan dengan satu jari,
kemudian gerakkan jari anda. Titik berkaitan
ditetapkan pada objek di bawah jari anda.
Tetapan
Panduan Pengguna
185
Tugas
Gerak isyarat
Mengumumkan tempat titik berkaitan ditetapkan di
peranti anda.
Ketik skrin sekali dengan dua jari.
Anda boleh menggunakan gerak isyarat ini sebagai
pencari "Di mana saya" jika anda hilang di skrin.
BlackBerry Screen Reader membaca penerangan,
lokasi titik berkaitan dan nama aplikasi.
Mengaktifkan titik berkaitan
Apabila anda mengaktifkan titik berkaitan, anda
menunjukkan bahawa anda ingin berinteraksi
dengan bahagian paparan.
Dwiketik titik berkaitan dengan satu jari.
Tekan dan tahan
Dwiketik dan tahan.
Beralih ke titik berkaitan seterusnya atau
sebelumnya
Leret ke kanan dengan satu jari untuk pergi ke titik
berkaitan seterusnya. Leret ke kiri dengan satu jari
untuk pergi ke titik berkaitan sebelumnya.
Menyorot atau menatal senarai
Leret ke atas dengan dua jari untuk menatal ke
bahagian atas. Leret ke bawah dengan dua jari
untuk menatal ke bahagian bawah. Tindakan ini
menetapkan titik berkaitan yang baru.
Petunjuk audio menunjukkan bahawa tindakan
menatal selesai, dan BlackBerry Screen Reader
mengemas kini titik berkaitan supaya anda boleh
terus membaca dari lokasi baru.
Tetapkan medan pada pemilih
Nota: Pemilih adalah alat pilihan yang mempunyai
lebih daripada satu pilihan. Sebagai salah satu
contoh ialah pemilih tarikh dengan lajur untuk anda
memilih pilihan hari, tarikh dan bulan.
Dwiketik untuk mengembangkan pemilih. Kuis ke
atas atau ke bawah untuk mencari nilai yang betul
dalam setiap lajur pemilih. Kuis ke kanan atau kuis
ke kiri untuk memilih lajur yang berbeza.
Isyarat audio yang menunjukkan anda berada di
lajur pertama atau terakhir dalam pemilih.
BlackBerry Screen Reader mengemas kini titik
berkaitan dan membaca pilihan lalai setiap lajur.
Contohnya, dalam pemilih tarikh, tarikh lalai
biasanya adalah hari semasa.
Tetapan
Panduan Pengguna
186
Tugas
Gerak isyarat
Pergi ke bahagian atas atau permulaan halaman,
senarai, bahagian, medan teks atau kawasan
paparan
Leret ke atas dan tahan dengan dua jari untuk
pergi ke bahagian atas halaman, senarai, atau
bahagian, atau permulaan medan teks. Tindakan
ini menetapkan titik berkaitan baru.
Pergi ke bahagian bawah atau penghujung
halaman, senarai, bahagian, medan teks atau
kawasan paparan
Leret ke bawah dan tahan dengan dua jari untuk
pergi ke bahagian bawah halaman, senarai, atau
bahagian, atau penghujung medan teks. Tindakan
ini menetapkan titik berkaitan yang baru.
Memasuki mod navigasi teks
Ketik untuk menjadikan teks sebagai titik
berkaitan. Dwiketik dengan dua jari untuk
memasuki mod navigasi teks. Kursor diletakkan
pada permulaan medan teks.
Menukar nilai gelangsar
Dengan titik berkaitan difokuskan pada gelangsar,
kuis ke atas dengan satu jari untuk menaikkan nilai
gelangsar. Kuis ke bawah dengan satu jari untuk
menurunkan nilai gelangsar.
Beralih ke bahagian teks atau kandungan web
sebelumnya atau seterusnya
Bahagian teks boleh menjadi aksara, perkataan,
baris, ayat atau perenggan. Bahagian kandungan
web boleh menjadi pengepala atau pautan.
Dalam mod navigasi teks, leret ke kiri dengan satu
jari untuk pergi bahagian teks atau kandungan
web sebelumnya. Leret ke kanan dengan satu jari
untuk pergi bahagian teks atau kandungan web
seterusnya.
Menetapkan saiz sebahagian teks
Sebahagian teks boleh menjadi aksara, perkataan,
baris, ayat, perenggan, atau pengepala atau
pautan laman web. Saiz sebahagian teks
digunakan untuk mengenal pasti sejauh mana
untuk melangkau ke depan atau ke belakang
dalam dokumen, kandungan web atau teks lain.
Leret ke atas dengan satu jari ketika dalam mod
navigasi teks untuk menambah saiz. Kuis ke
bawah dengan satu jari ketika dalam kandungan
untuk mengurangkan saiz.
Bergerak ke kiri, kanan, atas atau bawah
Leret ke kiri, kanan, atas atau bawah dengan tiga
jari.
Menghentikan BlackBerry Screen Reader daripada
membaca
Leret ke bawah dan ke kiri dengan satu jari.
Tetapan
Panduan Pengguna
187
Tugas
Gerak isyarat
Apabila BlackBerry Screen Reader membaca
halaman teks, titik berkaitan kekal pada item
terakhir dibaca supaya anda boleh menyambung
semula pembacaan dari lokasi di mana anda
berhenti.
Melaksanakan tindakan lalai aplikasi
Dwiketik dengan dua jari.
Membaca masa dan tarikh
Nota: Anda boleh menggunakan gerak isyarat ini
pada mana-mana skrin, walaupun tiada bar status.
Leret ke bawah dan kemudian ke atas dengan
cepat menggunakan satu jari.
Membaca maklumat bar status (termasuk bateri
dan sambungan rangkaian)
Nota: Anda boleh menggunakan gerak isyarat ini
pada mana-mana skrin, walaupun tiada bar status.
Leret ke atas dan kemudian ke bawah dengan
cepat menggunakan satu jari.
Gerak isyarat untuk Kalendar BlackBerry
Tugas
Gerak isyarat
Beralih ke hari, minggu atau bulan seterusnya
Leret ke kanan dengan tiga jari.
Beralih ke hari, minggu atau bulan sebelumnya
Leret ke kiri dengan tiga jari.
Gerak isyarat untuk skrin utama
Tugas
Gerak isyarat
Meminimumkan aplikasi dan menunjukkan aplikasi
anda yang diminimumkan
Leret ke atas dari bawah. Tindakan ini adalah
sama seperti yang digunakan dalam aplikasi lain.
Menutup aplikasi yang diminimumkan
Dengan titik berkaitan pada aplikasi
diminimumkan, dwiketik dengan dua jari.
Tetapan
Panduan Pengguna
188
Tugas
Gerak isyarat
Memadam aplikasi
Ketik dan tahan dengan satu jari, kemudian
gerakkan jari anda ke aplikasi. Titik berkaitan
ditetapkan di bawah jari anda. Kemudian, dwiketik
dengan dua jari untuk menutup aplikasi.
Gerak isyarat untuk entri teks dan pengeditan
Apabila anda memilih teks untuk memotong, menyalin atau memadam, saiz blok teks bergantung
kepada saiz sebahagian teks yang anda tetapkan. Sebahagian teks boleh menjadi aksara, perkataan,
baris, ayat atau perenggan, atau pengepala atau pautan pada laman web.
Tugas
Gerak isyarat
Menukar reka letak Papan Kekunci BlackBerry
Dengan titik berkaitan pada Papan Kekunci
BlackBerry, dwiketik dengan dua jari.
Menerima ramalan perkataan
Leret ke atas dengan satu jari.
Memilih teks
Dwiketik dan tahan dengan satu jari.
Gerak isyarat ini memilih sebahagian teks dan
termasuk kedudukan kursor.
Mengosongkan pemilihan teks
Apabila teks telah dipilih, dwiketik dan tahan
dengan satu jari.
Memanjangkan pemilihan teks
Apabila teks telah dipilih, leret dari kiri ke kanan
untuk menambah pemilihan dengan satu bahagian
teks.
Memendekkan pemilihan teks
Apabila teks telah dipilih, leret dari kanan ke kiri
untuk memendekkan pemilihan dengan satu
bahagian teks.
Jika pemilihan teks menjadi kosong apabila anda
meleret untuk memendekkan pemilihan, pemilihan
memanjang ke arah yang bertentangan.
Contohnya, jika anda pergi ke permulaan teks
yang dipilih, pemilihan baru adalah sebahagian
teks dikonfigurasikan yang memanjang ke kiri. Jika
Tetapan
Panduan Pengguna
189
Tugas
Gerak isyarat
anda pergi ke penghujung teks yang dipilih,
pemilihan baru adalah melebihi penghujung
sebelumnya.
Menukar saiz sebahagian teks
Kuis ke atas dengan satu jari ketika dalam
kandungan untuk menambah saiz. Kuis ke bawah
dengan satu jari ketika dalam kandungan untuk
mengecilkan saiz.
Memadam blok teks (untuk bahasa yang dibaca
dari kiri ke kanan)
Leret dari kanan ke kiri dengan dua jari.
Memadam blok teks (untuk bahasa yang dibaca
dari kanan ke kanan)
Leret dari kiri ke kanan dengan dua jari.
Memotong blok teks
Leret ke kiri, kemudian ke kanan dengan dua jari.
Menyalin blok teks
Leret ke kanan, kemudian ke kiri dengan dua jari.
Menampal blok teks
Selepas anda menyalin atau memotong teks, leret
ke bawah dan kemudian ke atas dengan dua jari.
Apabila anda berjaya menampal teks, BlackBerry
Screen Reader membaca kandungan yang anda
masukkan.
Menyembunyikan papan kekunci skrin sentuh
Nota: Tindakan ini hanya tersedia untuk peranti
semua sentuhan.
Apabila papan kekunci boleh dilihat, tetapkan titik
berkaitan pada bar ruang, kemudian dwiketik dan
tahan dengan satu jari.
Gerak isyarat untuk aplikasi Telefon
Tugas
Gerak isyarat
Menjawab panggilan
Dwiketik dengan dua jari pada skrin Panggilan
Masuk.
Menolak panggilan
Dwiketik dan tahan dengan dua jari pada skrin
Panggilan Masuk.
Tetapan
Panduan Pengguna
190
Tugas
Gerak isyarat
Menamatkan panggilan
Dwiketik dan tahan dengan dua jari di mana
sahaja di atas skrin.
Gerak isyarat untuk BlackBerry Hub
Tugas
Gerak isyarat
Membuka pemberitahuan atau mesej
Dwiketik dengan satu jari.
Membuka BlackBerry Hub Tindakan Segera untuk
menyusun pemberitahuan masuk dengan cepat
Dwiketik dengan dua jari.
Mengembangkan folder e-mel
Ketik tiga kali dengan satu jari. Dalam mod
Penemuan, ketik dan tahan dengan satu jari dan
dwiketik dengan jari kedua.
Meruntuhkan folder e-mel
Ketik tiga kali dengan satu jari. Dalam mod
Penemuan, ketik dan tahan dengan satu jari dan
dwiketik dengan jari kedua.