Hidupkan tetapan Gema Papan Kekunci menggunakan tetapan peranti
Tetapan
Panduan Pengguna
198
1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan menu
Tetapan.
3. Ketik Kebolehcapaian untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan
pilihan
Kebolehcapaian.
4. Ketik Pembaca Skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan
pilihan
Pembaca Skrin.
5. Ketik Gema Papan Kekunci untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk
mengaktifkan pilihan
Gema Papan Kekunci.
6. Dalam senarai juntai bawah Gema Papan Kekunci, dwiketik Tiada, Aksara, Perkataan atau Aksara
dan Perkataan untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, ketik untuk mengaktifkan pilihan anda.
7. Tutup tetapan BlackBerry Screen Reader dengan salah satu cara yang berikut:
• Leret ke atas dari bahagian bawah skrin untuk meminimumkan skrin. Jika peranti anda
mempunyai trackpad, cuba elakkan dari menyentuhnya semasa anda meleret ke atas untuk
membuka kunci skrin. Leret ke atas dari sebelah kiri atau kanan trackpad. Dengan titik berkaitan
pada aplikasi diminimumkan, dwiketik dengan dua jari untuk menutup aplikasi.
• Dwiketik di penjuru kiri bawah skrin untuk kembali ke skrin Kebolehcapaian. Ketik di penjuru
kiri bawah skrin sekali lagi untuk kembali ke skrin Tetapan Sistem. Dengan titik berkaitan pada
aplikasi diminimumkan, dwiketik dengan dua jari untuk menutup aplikasi.