Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Laraskan kelantangan, kelajuan dan pic menggunakan gerak isyarat

background image

Laraskan kelantangan, kelajuan dan pic menggunakan gerak isyarat

Anda mungkin ingin meningkatkan kelajuan BlackBerry Screen Reader semasa anda melayari Internet
atau memperlahankannya semasa anda menerima arahan. Anda boleh menambah kelantangan semasa
anda berada di luar atau mengurangkannya semasa anda berada di rumah atau di tempat yang agak
senyap. Anda juga mungkin ingin melaraskan pic. BlackBerry Screen Reader membolehkan anda
melaraskan kelantangan, kelajuan dan pic untuk memberikan pengalaman yang diperibadikan untuk
sebarang situasi.

Apabila BlackBerry Screen Reader hidup, anda boleh menggunakan gerak isyarat untuk menyelesaikan
tugas.

1. Apabila anda telah menghidupkan BlackBerry Screen Reader, Ketik skrin dengan satu jari untuk

membuka tetapan BlackBerry Screen Reader.

2. Ketik medan Pic dengan satu jari untuk menetapkan titik berkaitan. Leret ke atas dengan satu jari

untuk menaikkan nilai gelangsar

Pic. Leret ke bawah dengan satu jari untuk menurunkan nilai

gelangsar

Pic.

3. Leret ke bawah dan ke kanan dengan satu jari untuk mengakses mod Tugas Pantas.
4. Lakukan mana-mana perkara berikut:

• Leret ke atas dengan satu jari untuk menambah kelantangan. Leret ke bawah dengan satu jari

untuk mengurangkan kelantangan.

• Leret ke kiri dengan satu jari untuk mengurangkan kadar pertuturan. Leret ke kanan dengan satu

jari untuk menambah kadar pertuturan.