Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Melaraskan bahasa berjela teks atau tanda baca menggunakan tetapan peranti

background image

Selepas 3 saat, peranti anda keluar daripada mod Tugas Pantas.
Melaraskan bahasa berjela teks atau tanda baca menggunakan tetapan peranti

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan menu

Tetapan.

3. Ketik Kebolehcapaian untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan

pilihan

Kebolehcapaian.

4. Ketik Pembaca Skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan

pilihan

Pembaca Skrin.

5. Untuk menetapkan bahasa berjela teks, lengkapkan langkah berikut:

a) Ketik

Bahasa Berjela dengan satu jari untuk menetapkan titik berkaitan.

b) Ketik dengan satu jari untuk mengaktifkan medan

Bahasa Berjela sebagai titik berkaitan dan

membuka senarai juntai bawah pilihan.

c) Ketik dengan satu jari untuk menetapkan titik berkaitan pada pilihan sama ada bahasa berjela

tinggi atau bahasa berjela rendah.

d) Dwiketik dengan satu jari untuk memilih pilihan anda.

6. Untuk menetapkan bahasa berjela tanda baca, lengkapkan langkah berikut:

a) Ketik

Bahasa Berjela Tanda Baca dengan satu jari untuk menetapkan titik berkaitan.

Tetapan

Panduan Pengguna

195

background image

b) Ketik dengan satu jari untuk mengaktifkan medan

Bahasa Berjela Tanda Baca sebagai titik

berkaitan dan membuka senarai juntai bawah pilihan.

c) Daripada senarai juntai bawah, ketik

Tiada jika anda tidak mahu sebarang tanda baca digantikan

dengan pertuturan yang bersamaan.

d) Ketik

Beberapa jika anda ingin simbol berikut digantikan dengan sebutan yang sama: # (nombor),

$ (dolar), % (tanda peratus), & (ampersan), * (asterik), + (tambah), / (palang), = (sama dengan), @
(tanda di) dan ^ (karet).

e) Ketik

Paling jika anda ingin menyertakan senarai sebelum ini, ditambah dengan simbol yang

berikut: "(tanda petikan), ( (kurungan kiri), ) (kurungan kanan), - (sempang), _ (garis bawah), : (titik
bertindih), ; (koma bertitik), < (kurungan sudut kiri), > (kurungan sudut kanan), [ (kurungan segi
kiri), ] (kurungan segi kanan), \ (palang belakang), | (simbol paip), ` (aksen grava atau apostrof), ~
(tilde), { (kurungan panah kiri) dan } (kurungan panah kanan).

f) Ketik

Semua jika anda ingin memasukkan semua senarai simbol sebelumnya, serta simbol

berikut: ? (tanda soal) dan ! (tanda seru).

g) Selepas anda menetapkan titik berkaitan pada salah satu daripada pilihan dalam senarai juntai

bawah, dwiketik dengan satu jari untuk memilih pilihan anda.

7. Tutup tetapan BlackBerry Screen Reader dengan salah satu cara yang berikut:

• Leret ke atas dari bahagian bawah skrin untuk meminimumkan skrin. Jika peranti anda

mempunyai trackpad, cuba elakkan dari menyentuhnya semasa anda meleret ke atas untuk
membuka kunci skrin. Leret ke atas dari sebelah kiri atau kanan trackpad. Dengan titik berkaitan
pada aplikasi diminimumkan, dwiketik dengan dua jari untuk menutup aplikasi.

• Ketik di penjuru kiri bawah skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik di

penjuru kiri bawah skrin untuk kembali ke skrin Kebolehcapaian. Ketik di penjuru kiri bawah
skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian ketik di penjuru kiri bawah skrin sekali lagi
untuk kembali ke skrin Tetapan Sistem. Dengan titik berkaitan pada aplikasi diminimumkan,
dwiketik dengan dua jari untuk menutup aplikasi.