Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Menghidupkan isyarat audio untuk BlackBerry Screen Reader menggunakan tetapan peranti

background image

Menghidupkan isyarat audio untuk BlackBerry Screen Reader menggunakan tetapan peranti

1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan menu

Tetapan.

3. Ketik Kebolehcapaian untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan

pilihan

Kebolehcapaian.

4. Ketik Pembaca Skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan

pilihan

Pembaca Skrin.

5. Ketik bunyi Pembaca Skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk

mengaktifkan pilihan

bunyi Pembaca Skrin.

6. Hidupkan suis.
7. Tutup tetapan BlackBerry Screen Reader dengan salah satu cara yang berikut:

• Leret ke atas dari bahagian bawah skrin untuk meminimumkan skrin. Jika peranti anda

mempunyai trackpad, cuba elakkan dari menyentuhnya semasa anda meleret ke atas untuk
membuka kunci skrin. Leret ke atas dari sebelah kiri atau kanan trackpad. Dengan titik berkaitan
pada aplikasi diminimumkan, dwiketik dengan dua jari untuk menutup aplikasi.

• Ketik di penjuru kiri bawah skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik di

penjuru kiri bawah skrin untuk kembali ke skrin Kebolehcapaian. Ketik di penjuru kiri bawah
skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian ketik di penjuru kiri bawah skrin sekali lagi
untuk kembali ke skrin Tetapan Sistem. Dengan titik berkaitan pada aplikasi diminimumkan,
dwiketik dengan dua jari untuk menutup aplikasi.