Menghidupkan BlackBerry Screen Reader
BlackBerry Screen Reader adalah ciri teks kepada pertuturan (TTS) di peranti BlackBerry anda. Pada kali
pertama anda menghidupkan BlackBerry Screen Reader, aplikasi Bantuan secara automatik dibuka
untuk membantu anda untuk mengetahui tentang gerak isyarat yang anda boleh gunakan.
1. Untuk menghidupkan BlackBerry Screen Reader, tekan tiga kali kekunci Kuasa/Kunci.
2. Untuk mematikan BlackBerry Screen Reader, tekan tiga kali kekunci Kuasa/Kunci sekali lagi.
Petua: Anda boleh menetapkan peranti anda agar hanya menghidupkan BlackBerry Screen Reader
daripada tetapan peranti. Jika anda tidak bercadang untuk menggunakan ciri ini, anda boleh mematikan
pilihan
Dayakan menggunakan tiga kali ketik selepas anda melengkapkan persediaan awal peranti
dalam Tetapan > Kebolehcapaian > Pembaca Skrin.