Hidupkan BlackBerry Screen Reader menggunakan tetapan peranti.
Pada kali pertama anda menghidupkan BlackBerry Screen Reader, aplikasi Bantuan secara automatik
dibuka untuk membantu anda untuk mengetahui tentang gerak isyarat yang anda boleh gunakan.
Petua:
Jika anda tidak mahu melihat mesej pengesahan setiap kali anda menghidupkan BlackBerry Screen
Reader daripada tetapan peranti, matikan pilihan
Pengesahan Mesej di bahagian BlackBerry Screen
Reader tetapan peranti.
1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Kebolehcapaian > Pembaca Skrin.
3. Menghidupkan suis Pembaca Skrin.
4. Lakukan salah satu perkara berikut:
• Dwiketik di mana sahaja di atas skrin dengan dua jari untuk teruskan.
Tetapan
Panduan Pengguna
183
• Ketik
Batal untuk menutup kotak dialog tanpa menghidupkan BlackBerry Screen Reader
5. Tutup tetapan BlackBerry Screen Reader dengan salah satu cara yang berikut:
• Jika BlackBerry Screen Reader dihidupkan, leret ke atas dari bahagian bawah skrin untuk
meminimumkan skrin. Jika peranti anda mempunyai trackpad, cuba elakkan dari menyentuhnya
semasa anda meleret ke atas untuk membuka kunci skrin. Leret ke atas dari sebelah kiri atau
kanan trackpad. Dengan titik berkaitan pada aplikasi diminimumkan, dwiketik dengan dua jari
untuk menutup aplikasi.
• Jika BlackBerry Screen Reader di matikan, ketik di penjuru kiri bawah skrin untuk menetapkan
titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk kembali ke skrin Kebolehcapaian. Ketik di penjuru
kiri bawah skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian ketik di penjuru kiri bawah skrin
sekali lagi untuk kembali ke skrin Tetapan Sistem. Dengan titik berkaitan pada aplikasi
diminimumkan, dwiketik dengan dua jari untuk menutup aplikasi.
• Jika BlackBerry Screen Reader dimatikan, leret ke atas dari bahagian bawah skrin untuk
meminimumkan skrin. Ketik
untuk menutup aplikasi.
• Jika BlackBerry Screen Reader di matikan, ketik di penjuru kiri bawah skrin untuk kembali ke
skrin Kebolehcapaian. Ketik sekali lagi untuk kembali ke skrin Tetapan Sistem. Leret ke atas
dari bahagian bawah skrin untuk meminimumkan skrin. Ketik
untuk menutup aplikasi.