Selepas 3 saat, peranti anda keluar daripada Mod Tugas Pantas.
Hidupkan mod Skrin Gelap menggunakan tetapan peranti
Jika anda menggunakan BlackBerry Screen Reader, anda boleh meningkatkan privasi dan menjimatkan
hayat bateri dengan mematikan lampu latar skrin dan menggunakan mod Skrin Gelap.
1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan menu
Tetapan.
3. Ketik Kebolehcapaian untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan
pilihan
Kebolehcapaian.
Tetapan
Panduan Pengguna
192
4. Ketik Pembaca Skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan
pilihan
Pembaca Skrin.
5. Ketik Mod Skrin Gelap untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan
pilihan
Mod Skrin Gelap.
6. Tutup tetapan BlackBerry Screen Reader dengan salah satu cara yang berikut:
• Leret ke atas dari bahagian bawah skrin untuk meminimumkan skrin. Jika peranti anda
mempunyai trackpad, cuba elakkan dari menyentuhnya semasa anda meleret ke atas untuk
membuka kunci skrin. Leret ke atas dari sebelah kiri atau kanan trackpad. Dengan titik berkaitan
pada aplikasi diminimumkan, dwiketik dengan dua jari untuk menutup aplikasi.
• Dwiketik di penjuru kiri bawah skrin untuk kembali ke skrin Kebolehcapaian. Ketik di penjuru
kiri bawah skrin sekali lagi untuk kembali ke skrin Tetapan Sistem. Dengan titik berkaitan pada
aplikasi diminimumkan, dwiketik dengan dua jari untuk menutup aplikasi.