Mengemas kini perisian peranti anda
Kemas kini perisian mungkin tidak tersedia kepada anda bergantung pada rantau dan pembekal
perkhidmatan anda.
Anda hendaklah mencipta dan menyimpan fail sandaran peranti pada komputer anda secara kerap,
terutamanya sebelum anda mengemas kini sebarang perisian peranti. Mengekalkan fail sandaran
Tetapan
Panduan Pengguna
129
semasa pada komputer anda mungkin membolehkan anda memulihkan data peranti jika peranti
BlackBerry anda hilang, dicuri atau rosak.
Nota: Jika anda mempunyai gambar, video, dan data lain yang disimpan di ruang storan peranti anda,
simpan ia ke kad media anda atau mencipta fail sandaran peranti di komputer untuk memastikan anda
tidak kehilangan data.
1. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2. Ketik Tetapan > Kemas Kini Perisian.
3. Ketik Semak Kemas Kini.
Anda boleh mengemas kini perisian peranti anda menggunakan BlackBerry Link juga. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut, lihat dokumentasi Bantuan untuk BlackBerry Link.