Penyelesaian masalah: BlackBerry Link
Saya tidak dapat mengakses fail pada komputer saya
Untuk mengakses fail komputer anda menggunakan peranti BlackBerry anda, BlackBerry Link mesti
dibuka di komputer yang disambungkan ke Internet.
Jika anda tidak melihat komputer anda sebagai sumber dalam aplikasi Pengurus Fail, cuba yang berikut:
1. Meminimumkan aplikasi Pengurus Fail dan mengesahkan bahawa anda tidak melihat pada
aplikasi. Jika anda melihat ikon ini, gunakan aplikasi Pengurus Fail dalam ruang peribadi anda.
2. Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
3. Sahkan bahawa peranti anda telah disambungkan ke rangkaian wayarles.
4. Ketik Tetapan.
5. Lakukan perkara berikut:
• Dalam bahagian
BlackBerry ID, sahkan bahawa anda didaftar masuk menggunakan BlackBerry
ID yang sama seperti komputer anda.
• Jika peranti anda disambungkan ke rangkaian mudah alih dan bukannya rangkaian Wi-Fi, dalam
bahagian
Sambungan Peranti, hidupkan suis Gunakan Rangkaian Mudah Alih.
• Dalam bahagian
Sambungan Peranti, sahkan bahawa suis Benarkan Sambungan dihidupkan.
Tetapan
Panduan Pengguna
215
Jika anda masih tidak dapat melihat fail komputer anda, cuba salah satu perkara berikut daripada
komputer anda:
• Sahkan bahawa komputer anda dihidupkan dan tidak berada dalam mod tidur.
• Sahkan bahawa komputer anda mempunyai sambungan Internet yang aktif.
• Sahkan bahawa anda didaftar masuk ke
BlackBerry ID dalam BlackBerry Link.
• Sahkan bahawa fail yang ingin anda akses berada di lokasi yang dinyatakan dalam BlackBerry Link.
• Sesetengah rangkaian kerja atau awam mungkin menghalang anda daripada mengakses fail anda
pada peranti anda. Cuba menyambung ke rangkaian lain dan cuba lagi.
Saya tidak nampak saya peranti dalam BlackBerry Link
Pada peranti anda, cuba yang berikut:
• Leret ke bawah dari bahagian atas skrin. Ketik Tetapan. Dalam bahagian BlackBerry ID, sahkan
bahawa anda didaftar masuk menggunakan BlackBerry ID yang sama seperti komputer anda.
• Jika peranti anda disambungkan ke rangkaian mudah alih dan bukannya rangkaian Wi-Fi, dalam
bahagian
Sambungan Peranti, hidupkan suis Gunakan Rangkaian Mudah Alih.
• Dalam bahagian
Sambungan Peranti, sahkan bahawa suis Benarkan Sambungan dihidupkan.
Pada komputer anda, cuba yang berikut:
• Matikan aplikasi penyegerakan atau aplikasi antivirus buat sementara.
• Daftar keluar dari BlackBerry Link dan daftar masuk semula.
• Tetapkan semula nama pengguna dan kata laluan BlackBerry ID anda di
www.blackberry.com/
bbid
.
• Jika anda menggunakan perisian antivirus di komputer anda, pastikan tembok api tidak menyekat
sambungan anda ke BlackBerry Link.
Saya tidak boleh mencipta fail sandaran yang mengandungi semua data peranti saya
Cuba perkara berikut:
• Sambungkan peranti BlackBerry anda ke komputer menggunakan kabel USB. Saya tidak boleh
mencipta fail sandaran bagi data peranti saya melalui rangkaian Wi-Fi.
• Pada peranti anda, sahkan bahawa anda mendaftar masuk ke BlackBerry ID anda. Jika anda tidak
mendaftar masuk, BlackBerry Link tidak boleh menyandarkan data dalam ruang peribadi anda.
• Sahkan yang anda memasukkan kata laluan pada peranti anda untuk membuka ruang kerja anda.
BlackBerry Link tidak boleh menyandarkan data dalam ruang kerja anda jika ruang kerja anda
dikunci.
• Jika peranti anda diaktifkan pada BlackBerry Enterprise Service 10, sahkan dengan pentadbir anda
bahawa anda boleh memulihkan data ke peranti anda.
Saya tidak boleh memulihkan fail sandaran ke peranti saya
Cuba perkara berikut:
Tetapan
Panduan Pengguna
216
• Sambungkan peranti BlackBerry anda ke komputer menggunakan kabel USB. Anda tidak boleh
memulihkan data ke peranti anda melalui rangkaian Wi-Fi.
• Pada peranti anda, sahkan bahawa anda mendaftar masuk ke BlackBerry ID anda di peranti anda.
Jika anda tidak mendaftar masuk, BlackBerry Link tidak boleh memulihkan data ke ruang peribadi
anda.
• Sahkan bahawa BlackBerry ID yang sama digunakan pada peranti untuk mencipta fail sandaran yang
digunakan pada peranti yang anda cuba pulihkan fail sandaran. Pada peranti anda, cuba daftar
masuk ke BlackBerry ID yang dikaitkan dengan fail sandaran.
• Jika peranti anda diaktifkan pada BlackBerry Enterprise Service 10, sahkan yang anda memasukkan
kata laluan pada peranti anda untuk membuka ruang kerja anda. BlackBerry Link tidak boleh
memulihkan data dalam ruang kerja anda jika ruang kerja anda dikunci.
• Jika peranti anda diaktifkan pada BlackBerry Enterprise Service 10, sahkan dengan pentadbir anda
bahawa anda boleh memulihkan data ke peranti anda.
Tetapan
Panduan Pengguna
217
Tetapan
Panduan Pengguna
218