Porsche Design P 9982 from BlackBerry - Memulihkan data peranti anda

background image

Memulihkan data peranti anda

Dengan BlackBerry Link, anda boleh memulihkan fail sandaran yang termasuk data yang disokong
daripada peranti yang menjalankan BlackBerry Device Software 5.0 atau yang lebih baru dan BlackBerry
10 OS.

Pada komputer Windows, lakukan yang berikut:

1. BukaBlackBerry Link.
2. Sambungkan peranti anda ke komputer menggunakan kabel USB.
3. Di bahagian tepi tetingkap BlackBerry Link, klik peranti anda.
4. Klik Sandarkan & Pulihkan.
5. Lakukan salah satu perkara berikut:

• Untuk memulihkan semua data dalam fail sandaran ke peranti anda, klik fail sandaran.
• Untuk memulihkan data tertentu dalam fail sandaran ke peranti anda, klik fail sandaran. Pilih

pilihan

Pemulihan Tersuai. Kosongkan kotak semak di sebelah satu atau lebih pangkalan data

yang anda tidak mahu pulihkan.

• Untuk memulihkan data daripada fail sandaran yang tidak tersenarai, klik Ikon

. Navigasi ke

fail .bbb atau .ipd. Klik

OK.

6. Klik Pulihkan.

Pada komputer Mac, lakukan yang berikut:

1. BukaBlackBerry Link.

Tetapan

Panduan Pengguna

213

background image

2. Sambungkan peranti anda ke komputer menggunakan kabel USB.
3. Di bahagian tepi tetingkap BlackBerry Link, klik peranti anda.
4. Klik Sandarkan & Pulihkan.
5. Klik Pulihkan Peranti.
6. Lakukan salah satu perkara berikut:

• Untuk memulihkan semua data dalam fail sandaran ke peranti anda, klik fail sandaran.
• Untuk memulihkan data tertentu dalam fail sandaran ke peranti anda, klik fail sandaran.

Kosongkan kotak semak

Pulihkan semua data. Kosongkan kotak semak di sebelah satu atau

lebih pangkalan data yang anda tidak mahu pulihkan.

• Untuk memulihkan data daripada fail sandaran yang tidak tersenarai, klik

Tukar. Navigasi ke

fail .bbb atau .ipd. Klik

OK.

• Untuk mengalih keluar semua data peranti anda dan memulihkan peranti anda kepada tetapan

kilang lalai, klik

Pulihkan kepada tetapan kilang.

7. Klik Pulihkan.